HTM serah memo dan protes di depan Suruhanjaya Tinggi Pakistan
Penyerahan memorandum ini telah dilakukan oleh Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakeem Othman diiringi oleh Ustaz Umar Hussein dan Ustaz Abu Hafiz yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat HTM. Memorandum itu diterima oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan yang tidak memperkenalkan namanya. Di dalam memorandum dan protes ini, HTM menjelaskan kekejaman rejim terhadap para pengembang dakwah dan mendesak rejim agar membebaskan Naveed Butt dan kesemua anggota Hizbut Tahrir yang ditangkap secara brutal oleh pihak berkuasa rejim.
HTM seterusnya mengingatkan penguasa sekular Pakistan bahawa tindakan mereka menculik,menahan dan menyeksa para pengembang dakwah yang ikhlas berjuang untuk menegakkan kembali Khilafah tidak akan sekali-kali dapat menghalang dan menghentikan kebangkitan Islam dan kembalinya Khilafah.
HTM memberi peringatan kepada rejim Pakistan bahawa segala tindakan dan ancaman serta kekejaman mereka tidak sedikit pun menggugat semangat juang para pengembang dakwah dari terus istiqomah memikul tugas yang mulia ini sehingga agama Allah tertegak di muka bumi ini.
Sesungguhnya Khilafah kali yang kedua akan pasti berdiri dalam masa terdekat dan akan mengadili segala kejahatan yang telah dilakukan oleh para pemerintah sekular ini.