Hukum Allah Dipinggirkan, Hukum Manusia Diagungkan
Sebelum munculnya pemikir-pemikir moderat dan liberal mutakhir ini, sebenarnya telah pun wujud satu ‘lokomotif’ liberalisasi pemikiran dalam dunia Islam yang berusaha untuk mengkompromikan pemikiran-pemikiran Islam dengan ideologi Barat. Para tokohnya antara lain adalah Rifa’ah at-Tahtawi (Mesir), Khairuddin at-Tunisi (Tunisia), Muhammad Abduh dan Ali Abdul Raziq (Mesir), Nurcholish Madjid dan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Amina Wadud (Amerika Syarikat) dan ramai lagi yang bertebaran di seluruh dunia Islam seperti di Turki, India, Iran, Sudan, Maghribi, Algeria dan juga Malaysia. Golongan liberal kini sering menjadikan tokoh-tokoh ini sebagai idola mereka dan segala pemikiran baru yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh ini dianggap sebagai paling autentik manakala pemikiran-pemikiran Islam yang lainnya dianggap sebagai ortodoks, kuno, jumud, ketinggalan zaman dan pelbagai lagi konotasi negatif yang lain.
Hukum dan Hukuman Bagi Lelaki Menyerupai Wanita
Setiap perbuatan penyerupaan jenis kelamin yang berlainan gender adalah sikap yang bertentangan dan merosak fitrah yang telah ditetapkanoleh Allah SWT terhadap manusia. Ia merupakan tradisi yang berasal dari ideologi Barat dan sesat. Hukum lelaki menyerupai wanita telah jelas keharamannya dalam Islam.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat wanita yang menyerupai kaum lelaki dan lelaki yang menyerupai kaum wanita.”(HR Bukhari)
Beliau saw juga bersabda: “Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”(HR Abu Dawud dan al-Hakim)
Sehubungan itu, dalam kitab Nizhamul ‘Uqubat karya Abdurahman al-Maliki, hukuman bagi lelaki yang dilihat (memakai) pakaian atau perhiasan atau gerakan-gerakan yang tidak wajar atau melanggar kesopanan atau ia mirip kepada wanita, maka kepadanya akan dikenakan tindakan hukuman sebat. Jika (hukuman sebat) tidak membuatnya sedar daripada perbuatan tersebut, maka ia akan diasingkan (daripada manusia) selama 1 tahun.
Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan transgender ini adalah kerana adanya idea kebebasan di bawah sistem demokrasi. Sistem kufur ini sememangnya akan membenarkan segala aktiviti maksiat lahir dengan subur dan merajalela manakala pada masa yang sama segala aktiviti-aktiviti keIslaman yang bersifat sistem dan ideologi akan dihalang habis-habisan serta hanya dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan ibadat dan akhlak semata-mata. Walaupun terdapat usaha dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha mereka akan menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. Ibarat masuk ke dalam lubang najis untuk membersihkan najis dengan (juga) menggunakan najis. Sampai bilakah pihak berkuasa dan pihak pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah? Malah ia sebaliknya semakin banyak menimbulkan masalah dan mencipta kerosakan-kerosakan baru kepada umat manusia dengan ditambah kerosakan yang sudah sedia ada sekian lama. Hanya hukum Allah sahajalah yang mampu untuk mengatasi pelbagai masalah yang menimpa manusia pada hari ini. Namun, hukum Allah ini akan kekal di dalam kitab dan tidak akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.