ISIS Jatuh Ke Dalam Perangkap ‘Deklarasi Khilafah’ dan Tidak Akan Merubahnya Daripada Sebagai Sebuah Organisasi

al-adnani-isisPada awal Ramadan tahun ini 1435H, bersamaan dengan 29/6/2014, Abu Mohammed al-Adnani, jurucakap organisasi ‘Negara Islam Iraq dan Syria’ (ISIS) telah mengisytiharkan pembentukan negara Khilafah Islam. Dia mengumumkan bahawa orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh (Ahlul Halli wal-Aqdi) dari kalangan tokoh terkemuka dan pemimpin, Raja-raja dan Dewan Syura dalam ‘Negara Islam’ telah memberi sumpah setia (bai’ah) kepada Amir Khilafah mereka “Ibrahim Awad al-Badri”, yang digelar sebagai “Abu Bakr al-Baghdadi”. Dan kemudiannya dia telah menerima janji setia mereka, dan dengan demikian (seperti yang diumumkan) telah menjadi Khalifah kepada umat Islam dan menjadi tugas seluruh umat Islam untuk memberi bai’ah dan mentaatinya.

Kesalahan besar dalam mengisytiharkan (pembentukan) Khilafah ini tidak mengejutkan kita kerana pernyataan sebegini telah dapat dijangka daripada sebuah organisasi yang sudah terbiasa melarikan diri setelah mereka tidak dapat diterima di kalangan umat Islam, sejak mereka menganggap kelompok mereka sebagai sebuah negara Islam yang perlu ditaati setelah mengisytiharkan ‘Negara Islam Iraq’ dan kemudian mengisytiharkan pula penggabungan dengan Jabhat an-Nusrah untuk menjadi “Negara Islam Iraq dan Syria”. Deklarasi Khilafah ini muncul setelah terjadi apa yang kelihatan seperti pemberontakan revolusioner di Iraq dalam menentang dasar-dasar al-Maliki yang tidak adil, di mana di dalamnya melibatkan sejumlah pihak daripada suku-suku Arab dan para pegawai Parti Baath… dan hal-hal ini telah pun diatur dan kemudian dikukuhkan oleh perancangnya. Jadi dengan perjanjian rahsia yang dibuat bersama para pegawai tentera yang bertugas, mereka (para tentera di Iraq) meninggalkan peralatan-peralatan ketenteraan mereka, dan dikalahkan di hadapan pemberontak, dengan meninggalkan persenjataan berat mereka dan berbilion-bilion wang di Bank Mosul! Hal ini kemudiannya disusuli oleh berita dalam media yang dibesar-besarkan dan diuar-uarkan bahawa organisasi ISISlah yang berada di sebalik kemenangan ini.. sehingga organisasi ini menganggap bahawa merekalah yang telah membebaskan negara dengan agama dan dengan kesungguhan itu mereka menjarah wang dan segala kelengkapan-kelengkapan! Dan (dinyatakan pula) bahawa negara telah mengundang mereka untuk memerintahnya, dan Khilafah sedang menanti mereka untuk diisytiharkan. Mereka tidak memperhatikan apa yang terjadi dengan pertimbangan terbaik bahawa perkara ini hanyalah umpan dari Barat yang memancing mereka untuk masuk ke dalam perangkap yang membunuh, iaitu suatu deklarasi Khilafah yang bertujuan untuk diputarbelitkannya!

Wahai Kaum Muslimin di Syria, ash-Sham, pusat Darul Islam…

Apa yang berlaku adalah tidak lebih hanya sebuah episod baru daripada beberapa siri tindakan yang bertujuan untuk menghapuskan projek besar Khilafah. Ini terjadi setelah perkembangan situasi revolusioner di Syria yang secara besar-besaran menuntut agar berdirinya Khilafah dan ketipisan projek sekular di mana tidak tersisa pun bagi sebahagian kecil dari kalangan mereka yang diwakili oleh Gabungan Nasional sebarang populariti yang diiktiraf.. sehinggakan Barat menjadi panik dan membuatkan mereka yakin bahawa penyelesaian sekular Barat tidak akan dapat ditonjolkan kecuali dengan menyerang nuansa Islami yang luar biasa di Syria, yang sedang menggugat kepentingan dan pengaruh Barat.

Kami sangat menyedari bahawa peluru terakhir dalam kegentaran kafir Barat yang akan diluncurkan terhadap projek Khilafah adalah pembentukan apa yang dikenali sebagai Khilafah juga. Akan tetapi, Khilafah apakah seperti itu? Khilafahnya adalah untuk memutarbalikkan Khilafah (yang sebenar) dan untuk menjauhkan kebanyakan kaum Muslimin daripada Khilafah tersebut. Dan kemudian Barat akan membimbing mereka turun (menjatuhkannya) jika mereka ingin menurunkannya dengan tangan kaum Muslimin sendiri, sehingga berguguranlah daripada hati ratusan juta yang menginginkannya (untuk tertegak). Kita telah mendengar baru-baru ini bahawa Mohamed Elibiary, penasihat Presiden Barak Obama berkata: “Kembalinya Khilafah tidak boleh dihindari, dan satu-satunya pilihan bagi Amerika Syarikat adalah untuk membendungnya”…

isis-flag-2Kami juga menyedari bahawa Khilafah seperti ini tidak akan didirikan oleh kaum sekularis kerana hal sebegini akan terbongkar sejak hari pertama lagi.. Akan tetapi, ia didirikan oleh kaum Muslimin, dengan darah di telapak tangan mereka, mereka melawan sesiapa yang menentang mereka… Dan inilah sebenarnya yang terjadi… Mungkin kesalahan terbesar yang dilakukan oleh orang-orang dari “negara” (Khilafah) ini adalah keyakinan bahawa mereka adalah kelompok yang menang, dan mereka adalah Ahlul sunnah wal jama’ah, dan Muslim yang lain adalah orang-orang yang bid’ah (mengada-adakan) dan berada dalam kesesatan, dan selainnya adalah orang-orang murtad dan munafik.

Negara bukanlah hanya sebuah pengumuman, atau pemberitaan, atau penghukuman terhadap orang-orang yang melanggarnya. Akan tetapi, (negara) adalah sebuah institusi, sistem dan pertubuhan yang melaksanakan tugas-tugasnya dan kemudian mengambil hak-haknya… ia juga memiliki perlembagaan yang menyeluruh dan undang-undang yang jelas atas dasar pemerintah bertanggungjawab ke atas yang diperintah… ia juga memiliki entiti eksekutif di mana kekuasaan dan keabsahan diperoleh daripada umat Islam, dan bukannya dipaksakan ke atas mereka tanpa persetujuan mereka… ia juga memiliki tentera, polis, gabenor, hakim dan para pekerja… ia juga memiliki keselamatan dan keamanan di dalam sebuah ibu negara yang dikenali yang diatur oleh seorang Imam yang kompeten dengan kekuasaan yang jelas, yang dapat ditemui oleh orang-orang yang ingin menemuinya. Bai’ah daripada golongan ahlul Halli wal-Aqdi diberikan kepadanya dengan kepuasan dan pilihan jika dia adalah orang yang layak bagi diberi janji kesetiaan (bai’ah).

Tetapi, dengan pengumuman ini (setelah lebih daripada 90 tahun kehilangannya), atas sebuah Khilafah yang palsu yang tidak memiliki asas-asasnya, tiada ibu negara yang dikenali, tiada kekuasaan yang jelas dan tiada kesedaran pemiliknya tentang undang-undang syariah atau politik… maka dengan hal ini, demi Allah, (mereka) bermain-main dengan emosi umat Islam, menghancurkan harapan mereka, membakar perasaan mereka, mengorbankan masa muda mereka dan memberi khidmat buat musuh-musuh mereka.

Sebagai kesimpulan, kami katakan kepada rakyat di ash-Sham, pusat Darul Islam:

Kisaran tipu daya dan komplot terhadap kalian masih berputar di kedutaan-kedutaan negara-negara Barat dan agen-agennya. Mereka ingin mengorbankan revolusi dan revolusioner kalian di atas altar pekerjaan, pengkhianatan dan permusuhan terhadap agama… Jadi bangkitlah dan berwaspadalah terhadap seruan untuk berperang sesama kalian di mana mereka menjemput kalian kepada mereka, dan janganlah membuatkan diri kalian menjadi hamba kepada musuh-musuh kalian sedangkan anda tidak tahu.. Seseorang akan sentiasa berada dalam kelimpahan agamanya selagimana dia tidak menumpahkan darah yang tidak dibenarkan (haram).. Tidak ada cara lain bagi kita untuk menghadapi projek jahat ini kecuali dengan berpegang teguh pada gagasan Khilafah di atas jalan kenabian, dengan bekerja keras untuknya dan menyedari akan tipu muslihat Barat serta perancangan mereka untuk memutarbalikkannya dan menghapuskannya. Dan dengan memberikan (hak) kepemimpinan politik kepada orang yang layak ke atasnya, iaitu orang-orang yang sedar dan ikhlas. Dia adalah orang yang mencintai umat dan dicintai umat, yang berdoa untuknya dan dia pun mendoakan pula untuk mereka.. Mereka adalah orang-orang yang apabila mendirikan Khilafah, bumi akan bergoncang kerananya dan akan membalikkan keseimbangan kekuasaan (lain) di dunia. Mereka adalah pagar pencegah tipu daya dan mereka adalah perisai terhadap rancangan jahat dan konspirasi.

Kami daripada Hizbut Tahrir akan terus tetap dengan permasalahan utama umat Islam di seluruh negara umat Islam, iaitu (berjuang untuk) penegakkan Khilafah di atas jalan kenabian. (Iaitu) Khilafah bagi seluruh umat Islam dan bukannya eksklusif bagi sesebuah organisasi, parti, kelompok atau mazhab.. Dan kami akan berterusan menyeru kepadanya, mempertahankannya dan mendedahkan segala tipu daya dan komplot yang dirancang terhadapnya. Bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkannya dengan kesabaran dan komitmen atas peruntukan syarak sehinggalah Allah mengizinkannya (untuk tertegak), dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Hizbut Tahrir Wilayah Syria
12 Ramadhan 1435
10/7/2014