Islamolog Amerika: “Tidak Ada Alasan Untuk Takut Dengan Kemunculan Khilafah Islam yang Baru…”

Kevin BarrettSetelah berdebat dengan Wakil Media Hizbut Tahrir Pusat, Osman Bakhach, seorang Islamologis yang berasal dari Amerika Syarikat, Kevin Barrett akhirnya menyatakan kesimpulannya terhadap Khilafah Islam yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir.
“Kesimpulannya, tidak ada alasan untuk takut dengan kemunculan Khilafah Islam yang baru… melainkan anda adalah seorang bangster (juara gengster) antarabangsa yang selama ini telah memperkotak-katikkan dunia,” ujarnya dalam artikel yang berjudul Who’s Afraid of an Islamic Caliphate? di www.veteranstoday.com bulan lalu (22/12/2014).

Menurutnya, Khilafah yang akan muncul kelak bukanlah sebuah negara diktator. Negara Khilafah ini menghormati hak-hak semua pihak termasuk kaum minoriti di kalangan non-Muslim. Negara ini akan memperoleh sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pelbagai lapisan masyarakat. “Negara ini  berbeza dari ‘Khilafah’ ISIS yang berdiri di atas bendera palsunya itu,” tegas Kevin Barrett. Selain mampu untuk mengawal secara langsung sumber tenaga dunia, Khilafah ini juga akan segera menamatkan sistem mata wang fiat yang terdedah dengan aktiviti riba. Menurut Kevin lagi, peristiwa 11/9 yang dicipta oleh para bangster antarabangsa adalah sesuatu yang palsu di mana ia berfungsi sebagai sebuah justifikasi untuk  melancarkan kempen ‘memerangi pengganas’ yang pada hakikatnya adalah sebuah kempen untuk ‘memerangi Islam’.

“Sebahagian besar pihak media yang mempropagandakan berita tentang ekstremisme Islam kepada dunia sebenarnya adalah para agen provokator. Mereka sengaja mengembar-gemburkan idea ekstremisme Islam sebagai salah satu daripada perang psikologi terhadap kebangkitan Islam. Peristiwa- peristiwa seperti 11/9, 7/7, Madrid, Bali, Mumbai, ISIS dan lain-lain pada hakikatnya adalah sesuatu yang palsu,” katanya.