Israel Menyediakan Tentera Upahan Afrika Untuk Sokong Gaddafi

altSumber-sumber Israel menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman dalam pertemuan sesama mereka pada 18 Februari yang lalu telah membuat keputusan untuk merekrut tentera upahan Afrika yang akan berperang membantu regim Kolonel Muammar Gaddafi dalam menentang rakyat Libya.

Sumber-sumber tersebut mengatakan bahawa Israel melihat revolusi Libya yang berlaku ini dari perspektif misi keamanan.  Israel menganggap bahawa kejatuhan regim Gaddafi akan membuka pintu bagi “regim Islam” untuk bertapak di Libya, menurut laporan Al-Jazeera.

Sumber-sumber tersebut turut menegaskan bahawa mereka bersepakat untuk meminta Jeneral Yisrael Ziv, yang juga Pengarah Perunding Keamanan “The Global CSI” yang beroperasi di beberapa negara Afrika, untuk menyediakan sekumpulan tentera upahan (separa tentera) dari Nigeria, Chad, Republik Afrika Tengah, Mali, Senegal serta anggota-anggota gerakan pemberontak di Darfur dan di Sudan Selatan di bawah  penyeliaan pegawai perisikan Libya, Abdullah Sanusi.

Menurut sumber yang sama, di sepanjang pertemuan tersebut, yang juga dihadiri oleh Ketua Divisyen Perisikan Ketenteraan Jeneral Aviv Koukhvi dan juga Ketua Divisyen Afrika Utara di Luar Negeri, Shalom Cohen, menyatakan bahawa berdasarkan pengawasan dan pemantauan yang dibuat menunjukkan bahawa Revolusi Libya didominasi oleh “karakter keagamaan dan fundamentalis”. Ikhwanul Muslimin mempunyai akses yang luas di sana, khususnya di Libya Timur, terutamanya di kota Benghazi.

Koukhvi menjelaskan bahawa jika regim Gaddafi jatuh, maka regim penggantinya adalah “regim Islam” yang akan memberikan ruang bagi Ikhwanul Muslimin untuk berkuasa di Mesir, Jordan dan Sudan.

Maklumat sulit yang diperoleh daripada sumber keselamatan menunujukkan dengan jelas bahawa Jeneral Ziv, Jeneral Yossi Kuperwasser, mantan Menteri Luar Negeri Israel Shlomo Ben-Ami dan mantan Duta Besar Israel di Paris Nasim Zueli yang berada di Senegal telah bertemu dengan Sanusi dan para pemimpin Libya yang pro-Gaddafi di sebuah pangkalan tentera di ibukota Chad, Ndjamena.

Dalam pertemuan ini, Sanusi melaporkan pada Jeneral Ziv bahawa institusi keselamatannya yang memiliki sejumlah kumpulan tentera Afrika serta unit penasihat dan pelatih tentera telah menyediakan sejumlah kumpulan tentera. Terdapat anggota-anggota pasukan khas yang dibentuknya itu akan  diterjunkan dalam perang saudara tersebut.

Sebagai balasan atas perkara tersebut, Libya akan membayar kepada institusi Israel itu  sebanyak lima juta dolar dan jumlahnya akan ditambah lagi jika tentera-tentera  upahan itu dapat membuktikan tindakan mereka dalam menangani pemberontak rakyat Libya.

Sumber : Syabab.com