NATO Rancang Hantar 3000 Tentera untuk Menjajah Afghanistan

altDengan mengikuti langkah tuannya, sekutu Amerika di bawah NATO akan menambah penghantaran tentera untuk menguatkan penjajahannya di negeri kaum Muslimin. NATO bercadang untuk menghantar dua kumpulan taktikal seramai 3,000 tentera ke Afghanistan Utara, di bawah pimpinan Jerman, kata salah seorang ketua kakitangan NATO pada hari Isnin lalu. Tentera-tentera baru itu dijangka akan disediakan oleh Jerman dan Perancis dan berada di sana tahun depan.

“Dari sudut ketenteraan, ibupejabat sekutu Eropah merasakan penting untuk menghantar dua kumpulan taktikal ke zon tersebut, iaitu masing-masing 250 hingga 1,500 tentera, ” kata Jeneral Jerman, Karl-Hinz Lather, Ketua Kakitangan Ibupejabat Operasi Tentera Bersekutu  yang berpangkalan di Brussels.

Namun Lather tidak memberikan perinciannya. Dia mengingatkan bahawa Perancis dan Jerman telah menyatakan, mereka tidak akan memenuhi lagi permintaan NATO yang meminta tentera bantuan  sehinggalah mereka melihat keputusan persidangan London berkenaan Afghanistan pada akhir bulan depan.

Oleh kerana itu, dia mengharapkan “keputusan politik” dapat diberikan oleh kedua-dua ahli NATO tersebut selepas persidangan itu, kata Jeneral Jerman tersebut.

Menurut seorang pegawai NATO yang lain, tentera bantuan yang disebutkan oleh Lather itu hanya dapat dipenuhi melalui keputusan Perancis dan Jerman pada masa akan datang.

Perancis menghantar 3,300 tentera ke Afghanistan dan menyambut baik strategi baru AS berkenaan meningkatkan jumlah tentera di Afghanistan.

Afghanistan Utara tenang sehingga awal tahun ini, tetapi telah menghadapi penurunan yang mendadak dari segi keselamatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila gerila Taliban memperhebatkan serangan.

Awal bulan ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, telah menyatakan bahawa Perancis akan menunggu sehingga persidangan antarabangsa berkenaan Afghanistan pada bulan Januari nanti untuk melihat kembali sumbangan tenteranya.

Canselor Jerman, Angela Merkel, mengatakan bahawa negaranya juga akan menunggu sehingga selesai persidangan London yang dijadualkan pada 28 Januari ini.

Jerman mempunyai sekitar 4,300 tentera di Afghanistan Utara, merupakan penyumbang ketiga terbesar dalam pasukan antarabangsa yang dianggotai oleh 100,000 tentera selepas AS dan Britain yang mempunyai 10,000 tentera di negara itu.

NATO beserta negara-negara yang bergabung di dalamnya tidak mempunyai rasa malu untuk terus menghantar tentera dalam menjajah negeri kaum Muslimin Afghanistan. Mereka juga tidak malu untuk membunuh kaum Muslimin dan rakyat yang tidak berdosa. Dunia diam membisu, sementara jutaan warga kaum Muslimin di Afghanistan berteriak menanti pertolongan. Di manakah para pembebas umat ini?