Tentera Perancis Bunuh Tiga Orang Awam Afghanistan, Termasuk Seorang Wanita Hamil

altTentera Perancis telah menembak sebuah kenderaan awam di daerah Kapisa, sebelah utara ibukota Afghanistan menyebabkan tiga orang awam terbunuh iaitu seorang kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang lelaki muda di samping tiga orang yang lain  cedera.

Jurucakap tentera Perancis di Kabul menyatakan bahawa insiden itu terjadi pada malam Selasa apabila pemandu tersebut tidak menghentikan kenderaannya ketika menghampiri tentera Perancis yang sedang membuat rondaan.
Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden Afghanistan menjelaskan bahawa yang mejadi korban adalah kanak-kanak, wanita hamil dan seorang lelaki muda. Manakala tentera Perancis menyatakan bahawa seorang wanita dan dua orang lelaki cedera dalam insiden tersebut.

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam tersebut. Dikatakan bahawa insiden itu terjadi ketika pasukan NATO menembak sebuah kenderaan yang menuju ke arah mereka dan menyangka bahawa kenderaan itu adalah kenderaan “membunuh diri”.

Kemudian, “Mereka pun menembak kenderaan tersebut dan membunuh seorang wanita hamil, seorang lelaki muda dan seorang kanak-kanak.” Dikatakan bahawa duta besar Perancis di Kabul telah menghubungi istana Presiden untuk menyampaikan permintaan maaf secara rasmi.

Dalam hal ini, tentera penjajah di Afghanistan telah mendapat kecaman yang keras kerana jumlah orang awam yang terkorban disebabkan oleh tentera NATO adalah semakin tinggi.

Laporan PBB menyatakan bahawa sehingga pertengahan Julai tahun ini, lebih daripada 1400 orang awam yang terkorban di Afghanistan sejak awal tahun 2011. Jumlah ini naik lima belas peratus berbanding beberapa bulan pertama tahun 2010 di mana tahun 2010 jumlah orang awam yang terkorban di Afghanistan adalah yang paling rendah. PBB juga mengatakan bahawa  jumlah peningkatan korban orang awam di Afghanistan adalah disebabkan oleh serangan yang dilancarkan menggunakan helikopter milik pasukan NATO.

Sumber :hizbut-tahrir.or.id