Ribuan Umat Islam Britain Menuntut Tentera Mesir Menghentikan Kepungan Ke Atas Gaza

Lebih daripada seribu umat Islam telah mengadakan perarakan panjang ke kedutaan besar Mesir di London sebagai reaksi ke atas kekejaman terbaru teroris Israel yang mengorbankan para sukarelawan bantuan kemanusiaan yang mencuba memecahkan pengepungan di Gaza baru-baru ini. Demontrasi umat Islam di Britain tersebut dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Britain, yang mengecam sikap rejim Mesir yang terlibat secara langsung dalam menyengsarakan Gaza.

Di hadapan kedutaan Mesir, Taji Mustafa tampil sebagai jurucakap dalam bahasa Inggeris dan Dr. Yusuf Abul Harits dalam bahasa Arab. Kedua-dua mereka adalah wakil media Hizbut Tahrir di Britain. Para pembicara mencela rejim Arab, terutamanya Mesir kerana melindungi dan membantu Israel melakukan pengepungan ke atas Gaza.

Mereka mengatakan bahawa ejen korup barat ini adalah orang-orang yang telah mencegah tentera-tentera untuk melaksanakan tugas mereka dalam membantu saudara-saudara mereka yang tertindas, untuk menamatkan pengepungan serta membebaskan Palestin.

Para pembicara berpendapat bahawa resolusi PBB tidak dapat menamatkan pengepungan dan penindasan. Persidangan Liga Arab pula dianggap tidak lebih daripada hanya perundingan yang sia-sia. Walaupun rundingan tersebut dilihat memberi erti, tetapi ia tidak membawa penyelesaian.

Para sukarelawan bantuan kemanusiaan mungkin berani menyoroti isu pengepungan tersebut, tetapi mereka tidak pernah berupaya untuk menghentikan semua pengepungan dan penindasan yang berlaku. Hanya tentera sahaja yang dapat menghadapi tentera. Kaum Muslimin memiliki pasukan tentera yang kuat, tetapi malangnya mereka tidak mempunyai kepimpinan politik.

Para penunjuk perasaan menyeru supaya dihapuskan rejim yang tidak sah di dunia Islam ini, serta mendirikan kembali Khilafah dan membebaskan wilayah-wilayah yang diceroboh.

Para pembicara juga menggambarkan bagaimana episod ini menyebabkan penghinaan  yang berlarutan ke atas kaum Muslimin di Turki oleh barat. Piagam NATO menyatakan bahawa serangan terhadap sesuatu negara anggotanya adalah serangan terhadap semua. Turki yang diharapkan sebagai pelindung telah menjadi negara pertama yang mengirimkan tentera untuk membunuh kaum Muslimin di Afghanistan ketika AS menyerang pada tahun 2001. Namun kini, NATO berdiam diri ketika umat Islam dari Turki dibunuh oleh Israel.

Para pembicara menyeru kaum Muslimin di Turki, yang pernah menjadi pusat Khilafah Uthmaniyah, tetapi sekarang dihina oleh kuasa Barat, agar tidak melakukan sebarang perjanjian perdagangan atau kerjasama ketenteraan dengan pihak musuh, tetapi Turki wajib bangkit segera menghentikan kekejaman Israel.

Sumber : www.syabab.com