Copenhagen – Hizbut Tahrir Denmark bersama umat Islam menyeru negara Arab mengerahkan tentera ke Gaza

Satu demontrasi anjuran Hizb ut Tahrir telah diadakan di Copenhagen selepas solat jumaat,9 Januari 2009. Aksi yang sangat luar biasa di sebuah negara Barat ini mengumpulkan ribuan kaum Muslimin yang berdemonstrasi di tengah kotaraya terkemuka.  Perkembangan ini membuktikan seruan dakwah Hizbut Tahrir yang bersifat ideologis semakin mendapat tempat di hati kaum Muslimin di Barat.

Sekitar empat hingga lima ribu kaum Muslimin berjalan kaki di sepanjang Copenhagen dan berjanji  sebagai tanda kasih mereka kepada saudara mereka di Gaza akan tetap menyeru para tentera kaum Muslimin untuk ke sana bagi menghentikan tindakan ganas Israel seterusnya membantu saudara mereka di Gaza.

Mereka berjalan kaki sambil melaungkan “Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud”. Para peserta demonstrasi dengan megah mengibarkan bendera al-liwa’ dan ar-rayah, bendera Rasulullah salallahu ‘alaihi wa salam yang bertulis  “Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah”.

Tidak Ada Bendera Nasionalisme

Tidak terdapat sedikit pun seruan di dalam demonstrasi tersebut yang menyeru kepada kebangsaan. Tidak wujud bendera Denmark mahupun bendera nasionalisme Palestin. Yang ada hanyalah dua bendera Islam yang berwarna hitam dan putih bertulis kalimah Tauhid. Ini menunjukkan mereka menolak penyelesaian bersifat nasionalisme, ikatan yang buruk yang telah memecahbelahkan umat Islam. Mereka menginginkan penyatuan umat Islam tanpa batas sempadan perkauman serta nasionalis. Mereka hanya menginginkan penyatuan di bawah satu kalimah tauhid dan di bawah Khilafah Islamiyah yang akan mengerahkan kaum Muslimin di pelbagai pelosok dunia untuk membebaskan tanah umat Islam dari rejim Zionis.

Seruan takbir bergema setiap kali mereka di seru kepada Khilafah dan jihad, sambil itu juga mereka diingatkan akan pengkhianatan para penguasa di kalangan kaum Muslimin. Takbir tersebut sudah cukup menggentarkan hati siapa sahaja yang mendengar dan menyaksikannya.
 
Kita Tidak Perlu Penyelesaian PBB
 
Pada hari yang sama juga telah dianjurkan demonstrasi yang dianjurkan oleh gabungan 27 “organisasi Islam” yang tidak menawarkan penyelesaian khilafah melainkan masih berharap kepada PBB sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap krisis di Gaza. Walaupun didokong oleh 27 “organisasi Islam”, ianya tidak mendapat sambutan melainkan kurang dari separuh yang hadir. Ini membuktikan pendapat umum di kalangan kaum Muslimin yang sudah menolak penyelesaian dari PBB yang dianggap sebagai penyelesaian palsu. Tidak mungkin penyelesaian diperolehi dari badan yang bertanggungjawab menubuhkan entiti Yahudi di Palestin.

Menurut satu sumber, demonstrasi ini merupakan sebahagian dari demonstrasi yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia, sebagai sebuah gerakan Islam yang ingin mengembalikan kehidupan Islam. Seruan Hizbut Tahrir telah disiarkan melalui saluran media di berbagai negara. Demonstrasi di Denmark merupakan satu cara desakan kaum Muslimin kepada para penguasa untuk mengirimkan pasukan tentera ke Gaza. Demonstrasi yang sama turut dianjurkan oleh Hizbut Tahrir di Kota London pada ahad minggu yang sama.

Subhanallah! Seruan kepada Islam dan Khilafah terus bergelora di bumi Denmark dan Britain, bumi yang jauh dari negeri-negeri kaum Muslimin lainnya. Mereka telah berjaya membangkitkan kaum Muslimin di bumi yang majoritinya bukan Muslim, sementara itu di bumi kaum Muslimin, idea busuk nasionalisme masih menebal dan kelompok yang mengaku “intelek” di kalangan kaum Muslimin masih berharap kepada penyelesaian PBB

Sungguh memalukan apabila kaum Muslimin yang hidup di negeri sendiri masih percaya kepada penyelesaian dari Barat dan PBB, sementara kaum Muslimin di Barat yang dihidangkan dengan kehidupan Barat hanya percaya kepada satu penyelesaian iaitu Khilafah dan Jihad.

Sumber: Syabab.com