Jihad bukan jenayah, malah wajib demi mencapai keamanan

Gambar UL 230415 2Untuk mencapai keamanan secara adil, sistem kepercayaan dan persepsi manusia terhadap peperangan perlu diubah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucaptama pada ‘Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan’ anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 April lepas.

Mahathir memang terkenal tegar dengan pandangannya yang menganggap perang sebagai satu jenayah, sebagaimana yang telah dilontarkannya dalam forum yang sama pada tahun 2009. Ya benar kepercayaan dan persepsi manusia terhadap peperangan perlu diubah, tetapi ia perlu diubah menurut pandangan Islam dan bukannya menurut akal semata-mata.

Peperangan (atau dalam bahasa arabnya qital) perlu dibezakan dengan jihad. Apa jua peperangan yang tidak dilandaskan kepada syarak sudah pasti salah dan berdosa. Dengan kata lain, ia akan dilihat sebagai kejam jika tidak dilakukan menurut petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, tidak kiralah sama ada peperangan itu berlaku sesama orang kafir atau antara kafir-Muslim atau pun sesama Muslim.

Namun, sekiranya peperangan itu dilakukan dalam rangka jihad fi sabilillah untuk meninggikan kalimah Allah atau untuk membuka (futuhat) negara-negara kafir agar menjadi sebahagian daripada Daulah Islam yang diterapkan hukum-hukum Allah SWT di dalamnya, maka semua ini adalah baik dan mendapat pahala. Malah siapa sahaja yang terbunuh dalam peperangan seumpama ini mendapat syahid dan akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab, Insya Allah.

Sikap pemimpin umat Islam yang cuba lari dari jihad inilah yang menyebabkan dunia tidak aman sekarang ini dengan pelbagai peperangan yang dilancarkan oleh puak kuffar ke atas kaum Muslimin. Palestin dijajah Yahudi, Iraq dan Afghanistan dijajah Amerika, Timur Tengah dikawal oleh America, Myanmar dan Kahsmir menjadi tempat pembunuhan kaum Muslimin oleh rejim yang memerintah dan banyak lagi kekejaman lainnya yang menimpa umat Islam, semua ini kerana tiadanya jihad yang dilancarkan oleh penguasa Muslim ke atas puak kuffar.

Penguasa Muslim sepatutnya melancarkan jihad bagi membebaskan Palestin dan lain-lain tanah umat Islam yang sedang dikuasai oleh orang-orang kafir dan seterusnya menerapkan hukum Allah di situ, barulah rahmat Allah akan meliputi kawasan tersebut dan seterusnya rahmat tersebut akan meliputi bumi. Firman Allah SWT,  

“Perangilah mereka hingga tidak ada lagi fitnah dan menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah” [TMQ al-Baqarah (2):193].

Kesalahan besar pemimpin umat Islam ialah apabila membelakangkan syariat Islam, termasuk jihad, dalam pemerintahan negara, yang menyebabkan dunia Islam menjadi huru-hara. Mereka mengamal dan menerapkan ideologi Kapitalisme yang berlandaskan maslahat dalam pemerintahan walhal keamanan yang sebenar hanya akan wujud sekiranya syariat Islam diterapkan secara menyeluruh dalam kehidupan bernegara.

Sebagai seorang doktor perubatan yang mempunyai kebolehan mendiagnosis masalah pesakit, Dr Mahathir sepatutnya mempunyai kebolehan yang sama untuk mendiagnosis masalah umat, tetapi ternyata beliau gagal mengesan punca masalah apabila tidak menjadikan Islam, sebaliknya menjadikan akal, sebagai miqyas (tolok ukur) dalam menilai sesuatu masalah.

Umat Islam dahulu telah mencapai puncak kekuatannya sehingga kaum kuffar memandang umat Islam sebagai kekuatan yang tidak dapat dikalahkan kerana berpegang teguh kepada ideologi Islam, melakukan dakwah dan jihad sehingga Islam berjaya menguasai hampir 2/3 dunia.

Semoga bekas Perdana Menteri Malaysia ini kembali sedar bagaimana Islam sebagai satu-satu petunjuk dan penawar kepada segala penyakit yang boleh menyembuhkan segala masalah umat dan masalah dunia.

Wallahu a’lam

[sumber:http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ubah-persepsi-terhadap-perang-8211-mahathir-1.82354]