Jurucakap HTM bongkar realiti di sebalik naratif perang AS-Iran, gesa umat bersatu tegakkan Khilafah

BULETIN HTM – Ketika letusan peluru berpandu terus menggegarkan langit Timur Tengah, Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman tampil merungkai naratif yang perlu difahami oleh umat Islam di sebalik perang Amerika, ‘Israel’, dan Iran yang sedang berlaku sekarang.
Dalam program Kupas Tuntas yang diadakan secara live setiap minggu ini, pada kali ini (13/03/2026) Jurucakap HTM tersebut membongkar apa yang tersurat dan tersurat di sebalik perang ini, serta memberikan solusi jangka pendek dan jangka panjang untuk umat Islam dalam menghadapi kejahatan Amerika dan ‘Israel’.
Beliau bermula dengan menolak keras sentimen anti-mazhab yang memecahbelahkan umat Islam selama ini, di mana menurut beliau perang ini bukan soal Syiah, dan bukan juga soal perang sesama dua kuasa yang zalim, tetapi ia merupakan serangan Amerika ke atas umat Islam dan serangan ke atas wilayah Islam, dalam usaha Amerika untuk menukar rejim, menundukkan Timur Tengah sepenuhnya kepadanya serta menghalang kebangkitan kuasa politik Islam (Khilafah) di rantau tersebut.
Iran wajib dilihat sebagai sebahagian daripada wilayah umat Islam, yang menjadikan sebarang pencerobohan ke atas bumi tersebut oleh kuasa kafir, sebagai serangan langsung ke atas kedaulatan, harta, dan maruah seluruh umat Islam, persis penderitaan yang menimpa Palestin, Syria, dan lain-lain.
Ustaz Abdul Hakim mengkritik keras kezaliman rejim Iran, dan menjelaskan kedudukan Iran sebagai sebuah negara yang mengorbit Amerika sejak berdekad lamanya. Kita perlu bezakan antara Iran dengan rejimnya, jelas beliau. Pengkhianatan dan kejahatan rejim Iran adalah sebaris dengan pengkhianatan dan kejahatan rejim-rejim Arab yang lain yang mesti ditolak, namun ini tidak bermakna kita perlu membiarkan bumi Iran, yang merupakan sebahagian daripada Biladul Muslimin, untuk diserang dan dijajah oleh kafir Amerika.
Amerika dan entiti Yahudi memang tidak mahu Iran memiliki keupayaan nuklear, yang dijadikan alasan buat mereka menyerang Iran. Dalam masa yang sama, Amerika sebenarnya ingin menamatkan khidmat Iran sebagai negara orbit, dan menjadikannya sebagai negara ejen.
Transformasi paksa ini bertujuan menjadikan Iran pak turut Amerika sepenuhnya, di samping usaha Amerika untuk menyekat kemaraan China di rantau tersebut, sekali gus membolehkan AS mendominasi Timur Tengah secara total. Namun, ketakutan terbesar Amerika dan ‘Israel’ sebenarnya ialah kebangkitan kuasa politik Islam (Khilafah) yang semakin jelas kelihatan di rantau tersebut.
Sebagai penyelesaian segera, Ustaz Hakim menegaskan bahawa Iran seharusnya melawan Amerika dan entiti Yahudi habis-habisan, dengan niat jihad yang benar semata-mata kerana Allah, bukan kerana kepentingan kuasa atau bangsa. Negeri-negeri kaum Muslimin di sekitar Iran pula wajib bersatu dan membantu Iran mengalahkan Amerika dan Yahudi, yang dengan cara ini sahajalah Amerika dan entiti Yahudi akan menerima padah di atas kejahatan mereka.
Namun, menurut beliau, kita yakin yang semua ini tidak akan berlaku di bawah para penguasa yang khianat, yang rata-ratanya merupakan boneka Amerika. Atas dasar itu, tegas beliau, umat Islam wajib terus berusaha untuk menegakkan Khilafah, yang bukan sahaja akan mempersatukan negeri-negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, bahkan Khilafah nanti insya Allah akan membenamkan entiti Yahudi buat selamanya, dan akan memukul Amerika dengan pukulan yang akan melumpuhkannya seumur hidup.