Kaum Muslimin Britain mengutuk sekeras-kerasnya rejim munafik Bangladesh

altPada hari Selasa baru-baru ini (27/4/10), kaum Muslimin di Britain telah berkumpul di celah-celah pertemuan dan kunjungan antara ahli-ahli Parlimen Bangladesh dan Setiausaha Agung Liga Awami di England. Hizbut Tahrir Britain telah mengadakan protes mengutuk dengan kerasnya penangkapan haram terhadap Prof. Madya Mohiuddin Ahmed, iaitu jurucakap Hizbut Tahrir Bangladesh dan wakilnya Kazi Murshedul Huq. Protes itu juga menyelar sikap hipokrit mereka tentang perbicaraan jenayah perang sedangkan rejim itu sendiri yang melakukan kejahatan dan pengkhianatan.

Nazmul Haque, ketua Jawatankuasa Hizbut Tahrir Britain untuk Bangladesh telah mengutuk penangkapan yang dibuat baru-baru ini terhadap Mohiuddin Ahmed, Kazi Murshedul Huq dan aktivis-aktivis parti yang lain. Ia mengatakan bahawa pemerintah menangkap mereka kerana Hizbut Tahrir secara terbuka mendedahkan rancangan jahat pemerintah Sheikh Hasina bersama tuan imperialisnya iaitu AS-India-Britain.

Penangkapan itu terjadi setelah Hizbut Tahrir melakukan protes terhadap rancangan latihan ketenteraan AS ‘Tiger Shark-2’ yang akan berlangsung pada akhir Mei ini. Perlu dinyatakan di sini bahawa Mohiuddin Ahmed berada di bawah tahanan rumah selama enam bulan setelah Hizbut Tahrir melakukan protes sebelum ini terhadap latihan ketenteraan AS ‘Tiger Shark-1″.

Selepas penahanan rumah selama enam bulan itu, Ketua Liga Awami gagal untuk mengemukakan bukti bagi menyokong tuduhan palsu mereka. Oleh kerana mereka telah berputus asa, mereka terpaksa melakukan pembohongan.

Ini adalah bukti bahawa Sheikh Hasina adalah agen yang setia mengikut perintah secara langsung dari Amerika Syarikat. AS menyedari kekuatan Hizbut Tahrir dari segi kemampuan dan potensinya untuk menggerakkan rakyat untuk menggagalkan rancangan mereka menakluki Bangladesh.

Perkara ini menurut mereka menunjukkan bahawa ketidakmampuan pemerintah Sheikh Hasina dalam melindungi kepentingan dan keamanan negara. Ketika ia berbicara tentang kejahatan perang, pada masa yang sama kejahatan perang yang nyata sedang dilakukan oleh partinya iaitu kejahatan pengkhianatan. 

Jurucakap yang lain, Liakot Sarkar, iaitu anggota senior Jawatankuasa HTB untuk Bangladesh mengatakan bahawa ketua Liga Awami itu telah bergabung dalam perang salib AS-India-Britain di dalam perang syaitan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin.

Langkah-langkah putus asa mereka adalah salah satu tanda daripada kelemahan dan kesalahan apa yang dikenali sebagai demokrasi. Ketua rejim Liga Awami dan Amerika Syarikat khuatir terhadap munculnya Islam dan penegakkan kembali Khilafah Islamiyyah. Oleh itu, mereka secara aktif berusaha menindas para penyeru dakwah dan para ahli politik yang tulus dari Hizbut Tahrir.

Dia juga mengatakan bahawa Hizbut Tahrir akan terus meraih dukungan massa bagi politik baru di Bangladesh yang akan menamatkan segala kejahatan politik, rasuah dan keganasan daripada Liga Awami yang telah melemahkan negara.

Para jurucakap menuntut pembebasan Mohiuddin Ahmer, Murshedul Kazi Huq dan semua aktivis parti yang ditahan. Mereka juga mendesak umat Islam untuk bekerja dengan Hizbut Tahrir dalam melawan rancangan jahat imperialis di Bangladesh dan meminta masyarakat untuk mendirikan semula Khilafah sebagai jalan masa depan untuk Bangladesh.

Sumber: syabab.com