Kaum Muslimin Bukan Sahaja Perlu Tolak ICERD, Tetapi Juga UDHR, PBB, Dan Segala Pemikiran, Sistem Dan Undang-undang Yang Berasal Dari Barat

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Petaling Jaya pada 9/12/2018 dilaporkan hanya dihadiri sekitar 200 orang. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada asalnya dijemput berucap dalam perhimpunan tersebut, telah memutuskan untuk tidak menghadirinya kerana pertentangan pendirian dengan SUHAKAM berhubung ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Kerajaan pimpinan Mahathir telah memutuskan untuk tidak meratifikasi ICERD, sedangkan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail bertegas agar Malaysia meratifikasi konvensyen tersebut dan juga kesemua enam lagi konvensyen berhubung Hak Asasi Manusia (HAM) yang belum diratifikasi. Setakat ini, Malaysia hanya meratifikasi tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa yang terkait dengan HAM iaitu Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

Dalam ucapannya, Razali berkata, SUHAKAM komited memastikan hak asasi manusia di Malaysia dipraktikkan dan dijamin dengan sistematik dalam semua aspek berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. “Walaupun ada puak nak mengaitkan SUHAKAM dan hak asasi manusia sebagai satu konsep barat yang melanggar agama, ini adalah pandangan yg cetek atau ada motif lain di sebalik hujahnya”, ujar beliau sebagaimana dilaporkan oleh Berita Harian online. Sayang sekali apabila Pengerusi SUHAKAM ini tidak menerima pandangan yang cetek tetapi benar, sebaliknya berpegang kepada pandangan yang dalam tetapi salah. HAM bukannya datang dari Islam dan ia jelas merupakan produk Barat. Kezaliman dan kekejaman yang wujud di Barat akibat pemerintahan kuku besi dan penerapan sistem dan undang-undang buatan manusia, menjadi penyebab lahirnya pemikiran HAM di Barat. Sedangkan Islam merupakan sebuah Deen yang syumul, adil lagi penuh rahmat yang datangnya dari Allah (swt), tidak memerlukan apa-apa produk dari Barat (termasuk HAM) untuk melengkapkannya.

Umum mengetahui bahawa tanggal 10 Disember setiap tahun telah ditetapkan sebagai hari sambutan HAM Antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memilih tarikh ini sebagai menghormati Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (The Universal Declaration of Human Rights – UDHR) pada 10 Disember 1948. UDHR lahir dari pemikiran 18 ahli Suruhanjaya HAM yang dibentuk di bawah PBB pada tahun 1947 yang dipengerusikan oleh Eleanor Roosevelt (bekas isteri Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt). Ia kemudiannya diluluskan oleh PBB melalui Resolusi 217 A (III) pada 10 Disember 1948, yang bersidang di Paris ketika itu. Tidak cukupkah untuk kita memahamai bahawa sebagai satu produk yang lahir daripada badan kufur PBB yang tujuan kewujudannya (PBB) adalah untuk menghapuskan Islam, dan kelahiran UDHR itu pula adalah daripada Suruhanjaya yang dianggotai oleh orang-orang kafir, HAM itu jelas merupakan suatu yang bercanggah dengan Islam?

Sehari sebelum perhimpunan SUHAKAM iaitu pada 8/12/2018, Kuala Lumpur telah menyaksikan lautan manusia apabila umat Islam, khususnya orang-orang Melayu mengadakan perhimpunan kesyukuran kerana kerajaan tidak meratifikasi ICERD. Walaupun perhimpunan tersebut hilang aspek “kesyukurannya” kerana parti-parti yang hadir lebih banyak memainkan isu perkauman dan menghentam kerajaan, namun ia telah membuktikan penolakan umat Islam terhadap ICERD. Sayangnya asas penolakan tersebut tidak benar-benar berlaku atas dasar akidah Islam, tetapi disulami dengan sentimen perkauman dan mempertahankan Perlembagaan ciptaan penjajah. Semoga selepas ini umat yang mulia ini akan menolak apa jua produk yang berasal dari Barat ini atas dasar Islam, yakni atas dasar pertentangannya dengan Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata. Jika umat ini telah bangkit untuk menolak ICERD yang jelas lagi nyata merupakan produk PBB, umat ini juga mesti bangkit untuk menolak UDHR dan apa jua produk yang datangnya dari PBB dan dari Barat seperti sistem demokrasi, kebebasan (freedom), fahaman liberalisme, sekularisme, feminisme dan lain-lain. Insya Allah apabila umat ini sudah sedar dan bangkit untuk menolak segala bentuk pemikiran, sistem dan undang-undang yang datangnya dari Barat, kemenangan Islam sudah semakin hampir.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 05 Rabiul Akhir 1440 H
12/12/2018 M
Ruj: HTM 1440 / 02


Press Release

Muslims Should Not Only Reject ICERD, but also UDHR, UN, and all other Western-Origin Thought, Systems and Laws

It was reported that the event organized by the Human Rights Commission (SUHAKAM) in Petaling Jaya on 9/12/2018 was attended by only 200 people. The Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, who was initially invited to speak at the event, had decided not to attend in lieu of his disagreement with SUHAKAM regarding the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). The Mahathir-led government has decided not to ratify ICERD, while SUHAKAM Chairman Tan Sri Razali Ismail insisted that Malaysia should ratify the said convention as well as six other unratified United Nations’ (UN) human rights conventions. So far, Malaysia has only ratified three of the nine international conventions related to human rights namely the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), the Children’s Rights Convention (CRC) and the Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD).

In his speech, Razali said SUHAKAM is committed to ensuring that human rights in Malaysia are practiced and preserved systematically in all aspects based on the Rukun Negara (National Pillars) and the Federal Constitution. He mentioned that, “Even though some factions associate SUHAKAM and human rights as a western concept that violates religion, this is either a shallow view or there is another motive behind their arguments”, as reported by Berita Harian online. It is too bad that the SUHAKAM Chairman does not accept the shallow but correct views, but cling to the deep but incorrect views by holding on to the principles of human rights instead of Islam. Human rights is most definitely a Western concept. The tyranny and atrocities inherent in the West due to the iron claw rules and the implementation of man-made systems and laws, are the cause of the birth of the ideas of human rights in the West. In contrast, Islam is a complete, just and compassionate Deen that comes from Allah (swt), which does not require any Western products (including human rights) to complete it.

It is generally known that December 10 of every year has been celebrated as the International Day of Human Rights. The UN chose this date in honor of the Declaration of Human Rights (UDHR) of 10 December 1948. UDHR was born out of the minds of 18 members of the Human Rights Commission established under the UN in 1947 chaired by Eleanor Roosevelt (former wife of President of the United States Franklin D. Roosevelt). It was later approved by the UN through Resolution 217 A (III) on the 10th of December 1948, which was convened in Paris at that time. Is it not clear enough that as a product of the UN, which its establishment was to eliminate Islam, UDHR that stems from a Commission that consists of only the Kuffar, the ideas of human rights are clearly against Islam?

A day before the SUHAKAM gathering, that is on 8/12/2018, Kuala Lumpur witnessed a sea of people where Muslims, especially the Malays held a rally of gratitude due to the government’s decision not to ratify ICERD. Although the rally lost its element of “gratitude” as what mainly reverberated in the rally are voices of nationalism and critics on the government, but the rally did manifest the Muslims’ rejection of ICERD. It was unfortunate that the rejection of ICERD was not based on the Islamic creed but clad with racial sentiments and defending the colonial inherited Constitution. May this noble Ummah will, after this, reject all Western products which contradicts Al-Quran and As-Sunnah with full Islamic spirit alone. Had this Ummah has risen to reject ICERD which is clearly a UN product, then they must also rise to reject UDHR and whatever products originated from the UN and from the West such as democracy, freedom, liberalism, secularism, feminism and others. Insha Allah when this Ummah has the awareness and rises to reject all forms of thought, systems and laws that comes from the West, the Islamic victory is indeed very near.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Wednesday, 05th Rabii’ II 1440 AH
Ref: HTM 1440 / 02
12/12/2018 CE