Kebaya Bukan Warisan Islam

KOTA KINABALU 16 Feb. – Pergerakan Puteri UMNO akan menjadikan Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri UMNO sebagai acara tahunan bermula tahun depan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, program tersebut bertujuan memperkasa seni dan kebudayaan tradisional tempatan yang terdapat di Malaysia.

“Fiesta ini merupakan platform kepada pereka-pereka muda tempatan yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini menonjolkan bakat mereka.

Sumber : Utusan Malaysia 17/02/2010

Kebaya Bukan Warisan Islam

Rasulullah SAW mewariskan Al-Quran dan As-Sunnah kepada umat Islam. Dengan kedua-duanya pasti lahir budaya yang menjadi warisan umat Islam sehingga kiamat. Budaya yang diwarisi ini pula pasti tidak akan pernah berubah kerana sumbernya adalah tetap (baku), tak mungkin lagi ditokok tambah.

Kebaya bukan warisan Islam bahkan bukan pula unsur kebudayaan Islam. Sepatutnya, isu pakaian wanita Islam perlu diketengahkan dalam masyarakat kerana ia merupakan tuntutan dan juga pembeza antara pewarisan Islam dan selainnya. Mempromosikan penampilan yang jelek di sisi syarak di hadapan umum merupakan usaha yang cuba merosakkan imej Islam.  Terpulang pada pihak promoter, jika mereka benar-benar sedar dan menjadikan Islam sebagai tolok ukur, maka mereka perlu menjauhi  tindakan maksiat itu dan bertaubat. Jika tidak, tunggulah azab seksa Allah yang maha pedih, tiada lagi balasan yang lain yang lebih berbaloi.