Kebencian Barat terhadap Islam: Serangan Missionaris ke atas Islam

Serangan Missionaris Kristian ke atas dunia Islam telah berlaku sejak dulu lagi. Percikan idea untuk menjalankan perang pemikiran (aqidah) ini telah bermula ketika peristiwa perang salib, di mana kekalahan tentera Salib kepada tentera Islam telah menyedarkan mereka bahawa umat Islam tidak boleh dikalahkan dengan mata pedang. Rentetan itu, mereka telah mengkaji dan mendapati bahawa aqidah Islam adalah tunjang kekuatan tentera Islam. Maka, bermulalah episod penyerangan ke atas umat Islam melalui agenda pemikiran pula. Gerakan missionaris ini telah bermula dengan berselindung di sebalik pembelajaran ilmu dan kemanusiaan sebagai alat propaganda mereka. Mereka melangkah dengan dua tujuan utama, iaitu yang pertama, memisahkan dunia Arab dengan kekhalifahan Turki Uthamniyah, dengan cara memupuk sentimen “Negara Turki” untuk Daulah Uthmaniyah. Yang kedua ialah mendorong umat Islam menjauhkan daripada ikatan sejati, iaitu ikatan akidah Islam.

Untuk menjauhkan umat Islam daripada ikatan agamanya, kaum missionaris sedar perlunya propaganda untuk mempengaruhi umat Islam. Ini kerana , mereka melihat bahawa Daulah Khilafah telah menyatukan di antara warganegara Islam dan juga non-Muslim dengan erat  melalui penerapan hukum-hakam Islam. Maka, mereka perlu berusaha untuk mempengaruhi kaum non-muslim terutamanya penganut-penganut Kristian di dalam Daulah untuk bekerjasama dengan mereka. Selain itu, mereka juga perlu menjadikan umat Islam ragu-ragu terhadap agama Islam dan sistem kehidupan mereka sendiri.

Usaha yang paling popular oleh kaum missionaris malah tercatat dalam lipatan sejarah bahawa mereka telah mendirikan markas missionaris di Syam. Di sini, bermulalah usaha-usaha mereka untuk menyerang dunia Islam. Mereka telah mendirikan sekolah-sekolah kecil, dan menyebarkan buku-buku agama kepada masyarakat di Syam. Mereka juga melibatkan diri dalam masyarakat dengan membantu penduduk yang susah kerana ditindas dan diusir akibat peperangan. Kemudian, mereka berjaya mendirikan pusat missioanris di Beirut, Lubnan. Hal ini juga menjadi titik kemaraan mereka kerana Lubnan merupakan daerah dihuni ramai umat Islam.

Pada tahun   1834M, aktivis-aktivis missionaris telah berjaya menyusup masuk ke seluruh Syam. Mereka gencar mencetak buku-buku dan risalah agama untuk disebarkan kepada masyarakat. Kemudian, Ibrahim Pasha, salah seorang penguasa di daerah Daulah Uthmaniyah, telah menerapkan program pendidikan dasar di Syria yang diilhamkan daripada program pendidikan dasar di Perancis. Hal ini telah membuka peluang keemasan bagi kaum missionaris untuk menanamkan pemikiran dan tsaqofah Barat ke dalam benak generasi muda Muslim.

Antara pemikiran yang dimasukkan dalam minda generasi muda Muslim ialah pemikiran nasionalisme. Pemikiran nasionalisme Arab dimasukkan ke dalam generasi muda berbangsa Arab manakala pemikiran nasionalisme Turki dimasukkan ke dalam mereka yang berbangsa Turki. Maka, terwujudlan kebanggaan di kalangan generasi muda terhadap bangsa masing-masing melebihi aqidah dan syariat Islam. Melalui pemikiran nasionalisme Arab inilah, revolusi Arab muncul untuk memisahkan wilayah-wilayah Arab daripada Khilafah Uthmaniyyah. Sementara, pemikiran nasionalisme Turki pula memunculkan revolusi Turki Muda yang mahu menghapuskan pemerintahan Khilafah.

Jika kita perhatikan,kita dapat menyedari bahawa usaha para misionaris tertumpu pada sistem pendidikan melalui pendirian pusat-pusat ilmu seperti sekolah-sekolah asing di dalam Daulah Khilafah Uthmaniyyah. Hal ini kerana institusi pengajian adalah tempat paling berkesan untuk mempengaruhi generasi muda. Di sinilah para misionaris ini menanamkan pemikiran-pemikiran Barat ke dalam benak generasi muda Muslim sehingga terwujudlah sebuah generasi Islam yang baru yang membenci pemikiran dan syariat Islam sebaliknya menjunjung dan mencintai pemikiran dan budaya Barat. Cita-cita Barat untuk melemahkan kaum Muslimin dan menghapuskan institusi Khilafah pun tercapai melalui generasi muda yang berfikiran Barat.

Oleh yang demikian, untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam, kita perlu memastikan generasi-generasi muda Muslim mendapat pemikiran dan tsaqafah Islam yang benar bukan pemikiran Barat. Generasi muda juga perlu faham bagaimana syariat Islam dijalankan dalam sebuah negara seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Akhirnya mereka menjadi sebuah generasi Islam yang mencintai Rasulullah SAW dan syariatNya iaitu Daulah Khilafah. Semua ini dapat menterbalikkan apa yang telah dilakukan oleh Barat ke atas Dunia Islam.