Kejahatan Israel membuktikan betapa perlunya kita kepada Khilafah
tetapi dunia telah menyaksikan penipuan besar Israel melalui mangsa-mangsa pengeboman Gaza yang kebanyakannya adalah rakyat biasa yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita yang tidak ada kena mengena dengan Hamas sedikit pun.Sama seperti dahulu, strategi yang digunakan oleh Israel semasa menyerang Lebanon yang mana kebanyakan mangsa pengeboman adalah rakyat biasa, ia bertujuan untuk menyalahkan Hizbullah ke atas serangan di Lebanon. Tetapi sebaliknya pergerakan Hizbullah telah mendapat lebih banyak pengaruh dan pemimpinnya Hassan Nasrullah diberitakan telah menjadi semakin popular apabila telah berjaya menghalang Israel daripada menduduki Lebanon dan memberikan tamparan yang memalukan bagi pemimpin-pemimpin negara Arab, begitulah yang dilapur oleh akhbar The New York Times 28 Julai 2006.Maka sekali lagi Israel dengan sengaja melakukan serangan ke atas penduduk awam di Gaza bertujuan untuk melemahkan pengaruh Hamas dan menjadikan penduduk Gaza membencikan Hamas dan menyalahkan Hamas ke atas bencana yang menimpa mereka, supaya Israel boleh meletakkan boneka mereka iaitu Mahmud Abbas sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas Gaza seandainya Gaza menyerah ke tangan Israel.
Tetapi apa yang telah disaksikan di seluruh dunia adalah kutukan yang luar biasa bukan sahaja terhadap Israel, malah terhadap pemimpin Arab yang tindak melakukan apa-apa.
Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa umat Islam telah lama-kelamaan mulai sedar akan pengkhianatan para pemimpin Muslim terhadap saudara-saudara mereka. Strategi Israel untuk menjadikan penduduk Gaza membenci Hamas dan mengurangkan pengaruh Hamas di Gaza, sebaliknya menyebabkan umat Islam semakin membenci dan berusaha menggulingkan kekuasaan para pemimpin mereka yang telah lama bersekongkol dengan kuasa-kuasa kafir ini.
Dalam suatu laporan akhbar Guardian di Britain pada 8 Januari 2009, sekumpulan intelektual Islam moderat tajaan Barat telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Britain, bahawa serangan Gaza oleh Israel untuk menghancurkan Hamas akan membuatkan usaha-usaha untuk memerangi kumpulan radikal Islam bertambah rumit dan akan mengakibatkan sokongan kepada kumpulan-kumpulan tersebut bertambah besar.
Israel sesungguhnya sedang membuat perancangan untuk melemahkan umat Islam, namun ternyata di sebalik semua kejahatan yang mereka lakukan, tumbuh sebuah kesedaran yang semakin kuat bahawa dunia memerlukan seorang Khalifah yang akan menjawab segala kebiadaban Israel dan membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Firman Allah SWT. di dalam Al-Quran:
“Dan mereka (orang-orang kafir) membuat perancangan, walhal Allah juga membuat perancangan, dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pembuat perancangan”. [TMQ al-Anfaal (8):30].
Sesungguhnya apa yang telah dilakukan Yahudi Zionis ini telah memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa betapa kita memerlukan seorang Khalifah yang akan menyelamatkan umat Islam. Demi Allah! sesungguhnya umat Islam sudah tidak boleh mengharapkan pemimpin mereka yang ada sekarang kerana ternyata sudah kebaculan dan pengkhianatan mereka ke atas kita semua. Di saat saudara-saudara kita di Palestin ditembusi peluru dan bermandi darah serta di bom di kiri dan kanan mereka, di saat itu para pemimpin umat Islam hanya ‘menjawab’ serangan ganas Isreal ini dengan mensyuarat dan resolusi!!!
Sesungguhnya umat Islam di Palestin tidak memerlukan resolusi ini, walaupun berpuluh dan beraturs ianya dikeluarkan sekalipun. Tatkala mereka menyaksikan kematian saudara-mara dan sahabat handai di sekeliling mereka dengan begitu ngeri sekali, para pemimpin kaum Muslimin tatkala itu hanya tahu bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi. Tatkala rumah-rumah dan bangunan mereka musnah di bom Israel, tatkala inilah para pemimpin umat Islam sedang enak bermesyuarat di dewan yang besar lagi mewah untuk mengeluarkan kutukan dan resolusi!!!. Sungguh! resolusi mereka tidak bernilai satu sen pun kepada umat Islam, apatah lagi kepada umat Islam di Palestin!
Sesungguhnya apa yang diperlukan oleh saudara kita di Palestin adalah bantuan ketenteraan, bukannya resolusi atau kutukan. Selagi ada para pemimpin yang bacul dan khianat ini, maka selagi itulah darah umat Islam hanya dijawab dengan resolusi atau kutukan! Demi Allah! umat Islam kini benar-benar memerlukan seorang Khalifah yang akan menghantar tentera ke sana bagi menyelamatkan saudara-saudara mereka. Tidak ada cara dan jalan lain untuk menyelamatkan Palestin kecuali dengan jihad dan Khilafah. Inilah satu-satunya jalan.
Dengan apa yang berlaku ini, terbukti dengan tanpa dapat dinafikan bahawa satu-satunya jalan penyelesaian bagi umat Islam adalah dengan adanya seorang Khalifah yang akan menggerakkan tentera bagi memerangi kekejaman Israel. Keterdesakan umat Islam ke arah ini (mempunyai Khalifah) semakin hari semakin nyata. Bagi mereka yang sudah mula celik mata, tidak ada satu cara pun bagi memerangi Yahudi Zionis ini kecuali dengan adanya sebuah peperangan (jihad) yang perlu disertai oleh para tentera umat Islam. Dan peperangan dengan Israel ini tidak akan berlaku selagi umat Islam dipimpin oleh para pemimpin yang bacul dan pengecut yang hanya tahu mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan puluhan resolusi!!!
Melihat kepada apa yang berlaku, tidak mustahil bahawa dalam masa terdekat, umat Islam akan bangkit dan menggulingkan pemimpin-pemimpin mereka yang bacul dan khianat bagi menggantikannya dengan seorang Khalifah. Sungguh, Allah Maha Merancang semua ini. Amin ya Rabbal ‘Alamin.