Kejahatan Perancis di sebalik serangan Paris

photo_2015-11-27_23-51-06Serangan yang berlaku di Paris memang menarik perhatian dunia untuk ke sekian kalinya, atau mungkin lebih tepat untuk dikatakan terdapat cubaan untuk menarik perhatian dunia kerana adanya agenda tertentu. Beberapa siri serangan di ibu kota negara Perancis itu telah mengorbankan 129 jiwa dan mencederakan ratusan yang lain. Tidak lama selepas itu kumpulan Islamic State (IS) dikatakan mengaku bertanggungjawab dan pengakuan tersebut terus memberikan ‘lesen besar’ kepada Perancis untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh IS di Syria.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Perancis, sebanyak 10 pesawat Rafale dan Mirage 2000 terlibat dalam operasi serang balas tersebut dengan 16 bom digugurkan untuk memusnahkan sebuah pusat pemerintahan dan kem latihan milik kumpulan bersenjata IS. “Melalui kerjasama Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), pesawat pengebom Perancis melancarkan serangan ke atas sasaran yang telah ditetapkan,” jelas kementerian itu. Kapal pengangkut pesawat, Charles de Gaulle juga diarahkan oleh Presiden Perancis menuju ke timur laut Mediterranean untuk meningkatkan operasi ketenteraan di Syria.

Selain mendapat justifikasi untuk membunuh umat Islam, Perancis cuba menunjukkan kepada dunia bahawa nyawa rakyatnya adalah amat berharga dan nyawa hendaklah dibalas dengan nyawa. Namun ternyata, berdasarkan posting di media sosial, golongan yang terbunuh hasil dari serangan balas Perancis ialah orang awam, termasuklah kanak-kanak.

Inilah realiti Perancis yang memang dahagakan darah umat Islam sejak berkurun lamanya. Rasa haus darah mereka itu tidak pernah hilang. Kalau kita imbas kembali pada tahun 1852 di mana tentera Perancis yang menguasai Aghwat, Algeria waktu itu, melakukan keganasan dengan membakar sepertiga bandar tersebut dalam satu malam dengan menelan korban yang tak terhitung. Perancis juga telah melakukan sebanyak 17 ujian nuklear di Algeria dari tahun 1960-1966 yang telah menelan korban ratusan ribu nyawa umat Islam.

Hatta pasca meninggalkan Algeria pada tahun 1962, Perancis telah membunuh hampir sejuta umat Islam dalam tujuh tahun pertama dan menghapuskan 1.5 juta umat Islam dalam 7 tahun terakhir penjajahan mereka. Seorang ahli sejarawan warga Perancis, Jack Jourkey mengatakan selama 132 tahun penjajahan Perancis ke atas Algeria, korban massa menelan hampir 10 juta nyawa. Ini merupakan satu angka yang luar biasa dan tidak mungkin dilupakan oleh sesiapa pun bahkan oleh orang kafir sekalipun, yang membuktikan kejahatan dan kebencian Perancis ke atas umat Islam yang tidak pernah pudar.

Itu belum lagi mengambil kira kejahatan-kejahatan Perancis lainnya yang tersemat kukuh dalam kitab sejarah, yang lembarannya tidak pernah tertutup sehingga kini.

Oleh itu, angka 129 orang rakyatnya yang terkorban itu umpama sehelai rambut di kepala berbanding jutaan nyawa umat Islam yang telah dibunuhnya dengan cara yang amat kejam selama ratusan tahun lamanya.