Kejam! Rejim Turki Menghukum Pejuang Khilafah Selama 119 Tahun Penjara

Hizbut Tahrir Mengecam rejim Turki

Jurucakap Hizbut Tahrir Wilayah Syria, Hisyam Al Baba mengecam tindakan yang dilakukan oleh rejim Turki yang menjatuhkan hukuman penjara selama 119 tahun kepada ahli jawatankuasa Konferens Khilafah. “Dengan itu, Republik Turki sekuler telah menambah lembaran hitam pada sejarah hitamnya!” ujar Hisyam dalam sebuah kenyataan yang diberikan kepada mediaumat.com. (Ahad, 3/3/13).

Hisyam berkata, ia merupakan bukti paling jelas tentang sejauh mana kebiadaban negara Turki sekuler secara intelektual, politik dan hukum ketika berhadapan dengan kaum Muslimin dan Hizbut Tahrir.

Tambahnya lagi, tidaklah aneh jika pemerintah Turki tidak menerapkan Syariah Islam. Namun, amatlah aneh tatkala Turki mengkhianati hukum buatannya sendiri. Dalam Undang-Undang Anti Terorisme menyebutkan bahawa sesuatu tindakan itu akan diklasifikasikan sebagai terorisme tatkala ‘kekerasan’ dan ‘senjata’ atau salah satu darinya digunakan.

Namun anehnya, meskipun Hizbut Tahrir Turki tidak menggunakan sebarang bentuk ‘kekerasan’ dan ‘senjata’ di dalam perjuangannya, namun ia masih dilabelkan sebagai kegiatan teroris dan para anggotanya dimasukkan ke dalam penjara. “Oleh kerana itu, menggolongkan Hizbut Tahrir dalam kategori teroris adalah sesuatu yang muncul daripada niat yang buruk dan ia merupakan perkara yang telah menyimpang daripada tujuan peraturan yang mereka sendiri cipta,” ungkapnya.

Ia pun mengecam rejim Turki dengan ancaman dan azab daripada Allah.  “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan halangan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar,” ujar Hisyam yang membacakan ayat Al-Quran Surah Al-Buruj Ayat ke-10.

Penjara 117 dan 119 Tahun

Di dalam sebuah kenyataan yang bertarikh 13 Rabiul Awal 1434 H / 25 Januari 2013 M tersebut, Hisyam menyatakan penguasa Daerah Istanbul telah melarang Konferens Khilafah diadakan.  Konferens Khilafah yang diselenggarakan pada tarikh 26 Julai 2009 lepas bertujuan untuk memperingati keruntuhan negara Khilafah mengikut kalendar hijriyah.  Berikutan itu, Biro Keamanan telah melakukan penangkapan di 23 wilayah.

Biro Keamanan telah menangkap seramai 200 orang anggota Hizbut Tahrir Turki.  Siri penangkapan di Istanbul itu menyaksikan bagaimana Mahkamah Rayuan ke-14 yang mengendalikan kes-kes hukuman berat telah menjatuhkan hukuman penjara selama 119 tahun ke atas 19 orang dalam sebuah sidang yang diputuskan pada tanggal 24 Januari 2013.

Sebelum itu, Mahkamah Rayuan ke-10 kes-kes hukuman berat di Istanbul juga telah menjatuhkan hukuman penjara selama 117 tahun ke atas 49 orang aktivis Hizbut Tahrir Turki kerana telah melakukan penyebaran risalah di depan masjid al-Fatih pada tahun 2005.  (mediaumat.com, 4/3)

Rujukan : Hizbut Tahrir Indonesia