Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Menyihir Jutaan Umat Manusia
Kehangatan kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 sudah pun melabuhkan tirainya dan Malaysia berjaya merangkul kejuraraan buat kali pertama. Namun, sepanjang kejohanan terutama di akhirnya iaitu yang melibatkan pasukan Malaysia dan Indonesia, media massa dan elektronik di kedua-dua negara mengambil kesempatan untuk ‘memanaskan’ lagi suasana yang sememangnya telah panas dan tegang semenjak awal lagi. Sememangnya, sejarah perlawanan di antara kedua-dua negara ini memang tidak pernah lekang daripada kontroversi.Realitinya kini, umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia khususnya di Afghanistan, Iraq, Palestin, Selatan Thailand dan Pakistan, umat Islam dibunuh, harta dan tanah mereka dirampas tanpa ada pembelaan, maruah para muslimat kita dinodai. Hal-hal seperti inilah yang seharusnya menjadi topik perbincangan dan perlu diberi keutamaan, bukannya yang lain. Diskusi dan telahan ilmiyah tentang bagaimana mendirikan semula Negara Khilafah perlu disemarakkan dan diperjuangkan oleh kita semua. Kita tidak sepatutnya disibukkan dengan agenda-agenda yang melalaikan seperti kejohanan bola sepak (lahwun munazzomun) ini, yang hanya mendatangkan perpecahan dan persengkataan. Marilah kita mengorak langkah untuk menuju sebuah gagasan yang lebih mulia daripada bola sepak, iaitu perjuangan untuk mendirikan Negara Khilafah yang akan memayungi umat manusia dengan kemuliaan dan kesejahteraan. Wahai umat Islam, bangkitlah daripada kelalaian menuju sebuah kebangkitan yang hakiki.