Kekejaman tentera AS akan dijawab dengan tentera Khilafah

WASHINGTON 25 Julai – Sebuah pertubuhan hak asasi semalam mendakwa pegawai Amerika Syarikat (AS) di penjara Abu Gharib dan Teluk Guantanamo telah melakukan jenayah perang dengan mengarahkan tahanan diseksa.

Justeru, Physicians for Human Rights (PHR) atau Doktor Menyokong Hak Asasi Manusia, menggesa supaya pegawai terbabit disiasat dan didakwa.

 
“Satu siasatan bebas dan lengkap perlu dijalankan bagi mengetahui apa yang berlaku di Abu Gharib, Guantanamo dan pusat tahanan lain, yang menempatkan mereka yang disyaki pengganas,” wakil PHR, Allen Keller kepada Dewan Perwakilan.
Sementara itu, Presiden PHR, Leonard Rubenstein menggesa siasatan menyeluruh dijalankan oleh satu suruhanjaya bebas.

Suruhanjaya itu katanya, hendaklah mempunyai akses dan kuasa untuk mengeluarkan sapina bagi mendapatkan semua dokumen berkaitan, selain boleh menyoal siasat pegawai-pegawai terbabit.

“Perlu ada sikap bersedia bertanggung- jawab …ia perlu merangkumi pendakwaan ke atas individu yang melakukan jenayah perang tanpa mengira kedudukan mereka,” kata beliau.

PHR dalam laporannya turut memberikan gambaran bagaimana tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba; Iraq; Afghanistan menjadi sasaran “penderaan dan penghinaan” semasa berada di bawah tahanan tentera AS.

Keller turut memberitahu bagaimana seorang bekas tahanan di Guantanamo menyatakan dia telah dipukul, dibogel, ditakut-takutkan dengan anjing, diarah berdiri menghadap dinding dan dikenakan kejutan elektrik.

Tahanan itu menurut Keller, turut mengalami penganiayaan seks termasuk kejadian di mana “seorang wanita dalam keadaan bogel” telah memasuki bilik kurungannya lalu mencurahkan darah.

Seorang lagi tahanan, katanya, telah dipaksa membongkok dan diliwat menggunakan kayu penyapu.

– AFP

Sumber: Utusan Malaysia 27/07/08

Ulasan:

Kisah dan siri-siri kekejaman tentera AS terhadap tahanan di penjara-penjara mereka sudah diketahui umum sejak beberapa lama. Rata-rata tahanan yang diseksa ialah kaum Muslimin yang telah dicop oleh AS sebagai teroris. Seluruh dunia telah pun mengetahui akan kejahatan tentera AS di penjara Guantanamo. Gambar-gambar yang terdedah sekali-sekala itu sudah cukup membuktikan ‘sedikit’ penderitaan yang dialami oleh para tahanan. Yang tidak terdedah, hanya Allah sahaja yang tahu berapa ‘banyak’nya seksaan yang dialami oleh mereka.

Namun, apa yang menyedihkan kita ialah, walau berapa banyak sekalipun gambar seksaan yang tersiar, namun para pemimpin kaum Muslimin masih tetap berpeluk tubuh dan masih nyenyak beradu. Mereka bangun di pagi hari dan masih mengira berapa banyak lagi kekayaan negara yang masih belum mereka rampas. Mereka bangun di pagi hari dan mereka merancang kekayaan negara manakah yang masih belum dikaut pada hari ini. Begitulah sikap para pemimpin umat Islam. Mereka langsung tidak mengendahkan seksaan yang menimpa saudara-saudara mereka di penjara AS yang tersiar dari masa ke semasa. Yang penting bagi mereka hanyalah untuk menambahbuncitkan perut mereka sahaja. Semoga Allah membalas segala kejahatan tentera AS dan juga sikap berdiam diri penguasa Muslim hari ini dengan sekeras-kerasnya.

Di sebalik segala penderitaan yang di alami oleh tahanan Guantanamo dan lain-lain penjara rahsia AS, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan semua perkara tersebut. Dan sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan bahawa Hizbut Tahrir sedang berusaha bermati-matian siang dan malam untuk menegakkan Daulah Khilafah, untuk melantik seorang Khalifah dari kalangan kaum Muslimin yang akan menghantar tentera-tenteraNya untuk melawan segala kejahatan Amerika ini. Para pemuda Hizbut Tahrir di seluruh dunia berjuang tanpa mengira penat dan lelah untuk menyedarkan umat Islam bahawa para pemimpin mereka semuanya adalah para pengecut dan hanya mementingkan diri sendiri. Hizbut Tahrir berusaha untuk menggantikan para pemerintah pengkhianat umat ini kepada seorang Khalifah yang akan membebaskan semua kaum Muslimin di semua penjara AS, dan yang akan membebaskan kesemua tanah kaum Muslimin dari cengkaman AS. Sesungguhnya Hizbut Tahrir yakin akan janji Allah dan janji RasulNya, bahawa pertolongan Allah akan tiba dan Daulah Khilafah di atas manhaj kenabian akan tertegak semula. Pada waktu ini, maka Khalifah akan menghantar bala tenteranya untuk berhadapan dengan tentera AS laknatullah dan Hizbut Tahrir yakin bahawa kemenangan pastinya akan berpihak kepada tentera Islam di bawah panji La ilaha ilallah Muhammad Rasulullah.