Kenderaan Rasmi Diplomat AS Melanggar Belasan Penunjuk Perasaan Anti Mubarak

altNampaknya langgar lari merupakan teknik yang dipilih oleh para penyokong Mubarak untuk mencederakan para penunjuk perasaan yang anti pemerintah. Dilaporkan bahawa sebuah kenderaan rasmi milik diplomat Kedutaan Besar AS meluncur dengan laju dan melanggar kerumunan para penunjuk perasaan.

Lebih daripada 20 orang menjadi korban langgar lari tersebut yang berlaku pada hari Jumaat (28/1/2011) yang digelar sebagai “Hari Kemarahan”. Menurut laporan Al-Jazeera yang mengulang tayang rakaman amatur tersebut menyatakan bahawa kira-kira 14 orang yang sedang berkumpul yang telah dilanggar. Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam ketika meningkatnya gelombang demonstrasi untuk menggantikan rejim yang ada. Sebelum itu, pada waktu siang hari yang sama, tindakan langgar lari juga telah dilakukan oleh kereta peronda milik polis pemerintah.

Presiden Mesir Hosni Mubarak adalah termasuk sebagai para penguasa yang sangat rapat dengan Amerika dan berteman baik dengan penjajah Israel. Ketika pemerintahannya, ia gemar untuk menculik dan memenjarakan anggota pembangkang, termasuk para aktivis Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan para syabab Hizbut Tahrir.

Disebabkab kekuatan sokongan yang diterima dari AS dan negara-negara penjajah yang lain, Mubarak masih bertahan sehingga kini. Hari ini, jutaan rakyat mulai sedar dan menampakkan keberanian mereka untuk menumbangkan rejim diktator ini.

Jutaan para penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Turun Mubarak’ di beberapa bandar di Mesir. Demonstrasi  paling besar berlangsung di Dataran Tahrir. Ada antara mereka yang membawa pelbagai jenis poster, termasuk menolak campur tangan Amerika.

Sokongan terhadap kaum Muslimin Mesir untuk menumbangkan penguasa zalim juga merebak ke beberapa buah negera termasuk di Barat. Kaum Muslimin di Australia dan Britain menyokong rakyat Mesir untuk melakukan revolusi menuju kepada sistem Khilafah, sebuah sistem pemerintahan yang akan menyatukan kaum Muslimin di seluruh dunia.

Demonstrasi yang dimulai daripada revolusi Tunisia ini terus menular ke negeri-negeri Arab yang lain yang mana kebanyakan para penguasa mereka berteman rapat dengan AS dan Israel. Ini telah memberikan tenaga baru bagi kaum Muslimin untuk bangun dan berani berdepan dengan kediktatoran para penguasa tersebut. Umat kini mulai menyedari bahawa para penguasa mereka tidak lain adalah para penjenayah dunia dan hamba kepada Amerika. [m/f/prstv/syabab.com]