Ternyata Gamal Mubarak Pelakon di Belakang Kumpulan Yang Diupah

altMenurut penulisan akhbar Al-Dustur keluaran Mesir, berdasarkan pelbagai data dan maklumat, Gamal Mubarak, anak kepada Presiden Hosni Mubarak telah disebut-sebut sebagai perancang utama kumpulan penjenayah yang menyerang para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

Menurut laporan IRNA, tindakan penjenayah yang menyerang rakyat yang menuntut pengunduran Mubarak yang berlaku sejak Rabu lalu sehinggalah pada hari ini telah mengakibatkan banyak kematian dan lebih daripada seribu orang tercedera.

Akhbar al-Dustur menyatakan bahawa Gamal Mubarak juga menjawat jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Politik Parti Nasional Demokratik. Ia kerap mengadakan pertemuan dengan para pegawai parti yang berkuasa di Mesir seperti Safwat as-Sayarif, Majid as-Sarbini, Ibrahim Kamil dan Mohammad Abu al-Ainain. Dalam pertemuan tersebut, Hasan Abdul Rahman, ketua polis bahagian perisikan Mesir juga turut hadir sebagai wakil daripada Kementerian Dalam Negeri.

Polis Mesir yang mengenakan pakaian preman dan menunggang unta turut terlibat dalam penyerangan terhadap orang ramai yang melakukan demonstrasi anti-Mubarak tersebut. Serangan itu dirancang dengan baik dan diarahkan oleh Gamal Mubarak.

Serangan terhadap penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dibincangkan  dalam jawatankuasa parti berkenaan pada hari Selasa yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut,  tiga kumpulan telah dipilih untuk melakukan tindakan ganas tersebut. Kumpuluan pertama adalah polis dengan berpakaian preman, yang kedua terdiri daripada para pegawai serta staf perusahaan yang bersekutu dengan Mubarak dan yang terakhir adalah para penjenayah dan orang-orang yang telah dibayar.

Selain itu, ahli-ahli perniagaan yang menyokong Mubarak diwajibkan untuk memberi sumbangan dalam membiayai kumpulan-kumpulan yang diupah tersebut. [republika/syabab.com]