Kenyataan Media

Serangan Gaza: Hizbut Tahrir Malaysia serah memo, seru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjihad

Hizbut Tahrir Malaysia mengadakan demonstrasi di Kementerian Pertahanan (Kementah) dengan lebih 200 anggota dan penyokongnya berhimpun di pintu pagar Kementerian Pertahanan, menyeru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar segera berjihad di Gaza. Perhimpunan bermula di Masjid Khalid al-Walid yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kementah di mana Hizbut Tahrir menyeru agar seluruh jemaah, khususnya anggota tentera yang bersolat di situ agar sedar akan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing untuk membantu Gaza. Hizbut Tahrir menegaskan bahawa kewajipan tentera saat ini adalah untuk berjihad melawan entiti Yahudi sekali gus membantu saudara-saudara kita di Gaza dari terus dibunuh oleh Zionis laknatullah.

Demonstran kemudian bergerak dari Masjid Khalid al-Walid menuju Kementah diiringi dengan laungan takbir di sepanjang perarakan. Setiba di  Kementah, Ustaz Abdul Hakim Othman selaku Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia meminta untuk bertemu dengan Panglima ATM atau wakilnya bagi menyerahkan memorandum. Sementara menunggu, Abdul Hakim menyampaikan seruan dengan tegas agar ATM berjihad di Gaza kerana itulah tugas utama tentera yakni berjihad di jalan Allah dan inilah masanya yakni di saat umat Islam sedang dibantai oleh Zionis laknatullah.

Setelah 15 minit seruan dibacakan, ternyata tidak ada seorang pun wakil yang datang untuk menerima memorandum yang ingin diserahkan. Akhirnya HTM membuat keputusan untuk menyerahkan sahaja kepada anggota yang bertugas di pondok pengawal untuk disampaikan kepada Panglima ATM. Hizbut Tahrir melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh ATM yang tidak menghantar seorang pegawai pun untuk menerima memo tersebut walhal pada awalnya diberitahu bahawa pegawai mereka sedang dalam perjalanan untuk menerimanya.

Semoga Allah SWT membuka pintu hati pasukan ATM dan lain-lain tentera kaum Muslimin untuk segera berjihad di Gaza untuk menyelamatkan saudara-saudara kita yang sedang dilanyak di sana, seterusnya membebaskan tanah Palestin yang diberkati itu.

Hizbut Tahrir berjuang sejak tahun 1953 untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan thariqah (jalan) menegakkan Daulah Khilafah yang Insya Allah apabila tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi, sang Khalifah akan segera mengisytiharkan jihad demi membebaskan bumi Palestin yang kita cintai dan juga lain-lain tanah umat Islam yang berada di bawah cengkaman puak kuffar.


Abdul Hakim Othman
Ketua Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir
Malaysia