Kenyataan Media: Serangan sengit terhadap laman-laman elektronik Hizbut Tahrir Diikuti dengan Penutupan laman Facebook Amir Hizbut Tahrir

Serangan sengit terhadap laman-laman elektronik Hizbut Tahrir Diikuti dengan Penutupan laman Facebook Amir Hizbut Tahrir

(Terjemahan)

Sejak berlakunya siri serangan bersenjata terancang termasuk penembakan, pengeboman dan tebusan di ibu negara Perancis, Paris pada petang Jumaat, 13 November 2015, satu kempen global telah diumumkan untuk menyerang laman web ISIS. Serangan itu turut dilakukan ke atas laman web rasmi Hizbut Tahrir, parti politik Islam yang tidak mengamalkan tindakan bersenjata, kerana ini melanggar metodologi (syariah) yang sah. Laman web Hizbut Tahrir telah dimasukkan ke dalam senarai laman web yang disasarkan, walaupun hakikatnya Hizbut Tahrir telah mengisytiharkan berulang kali dan dalam banyak kesempatan, akan penolakannya terhadap kaedah dan pendekatan ISIS, dan bahawa ia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau kaitan organisasi dengan ISIS. Bagaimana pun, beberapa pihak berkuasa antarabangsa sengaja memerangi Hizbut Tahrir dalam pengisytiharan perang mereka ke atas Islam dan kaum Muslimin.

Pada hari Selasa, 1 Disember 2015 jam 4:00 petang, pihak pengurusan Facebook telah mengambil keputusan untuk memadam akaun Facebook ulama terkenal, Sheikh Ata Bin Khalil Abu al-Rashtah, yang juga merupakan Amir Hizbut Tahrir. Laman tersebut tetap ditutup, walaupun pada hakikatnya ia sangat aktif dan dinamik. Laman tersebut mengandungi interaksi harian dalam pelbagai bentuk soalan yang berbeza, dari persoalan politik, intelektual dan doktrin/fiqh, yang telah dihantar kepada Amir Hizbut Tahrir, kerana menaruh kepercayaan terhadap ilmu pengetahuan dan pendapat beliau yang berwawasan, serta respon ‘Like’, ‘Share’ dan ‘Comment’ yang meluas terhadap posting beliau. Bilangan peserta dalam laman ini melebihi 263,500 orang. Hal ini telah mengganggu tidur para penindas dan memaksa mereka untuk menajamkan lagi lidah-lidah kebencian dan kedengkian mereka terhadap Islam dan pendakwahnya. Justeru, mereka telah melancarkan kempen notifikasi negatif secara teratur dan bertalu-talu terhadap laman tersebut, selama kira-kira sepuluh hari secara berterusan dan tanpa lelah.

Perlu dicatat bahawa kami telah menghantar mesej bantahan terhadap penutupan laman itu kepada pihak pengurusan Facebook, dan kami telah memaklumkan kepada mereka bahawa kami tidak pernah menerima sebarang indikasi berhubung alasan yang jelas, untuk menutup laman tersebut. Namun, pihak pengurusan Facebook tidak menjawab mesej kami, sebaliknya mereka tetap menutup laman tersebut! Ini menunjukkan bahawa penutupan laman itu adalah dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab yang wajar, malah ia adalah hasil kedengkian terhadap Islam dan umatnya.

Penutupan laman yang penuh dengan ilmu dan kebaikan ini merupakan sebahagian daripada kejahatan kaum Kafir terhadap Islam dan kaum Muslimin, kerana laman tersebut telah menyampaikan Islam yang jernih dan jelas sebagaimana yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad (saw), dan pandangan politik yang jelas jujur mengorientasikan kompas umat Islam ke destinasi yang betul agar mereka dapat mengenali siapakah rakan yang telah berusaha untuk kebaikan mereka dan siapakah musuh yang sedang bersembunyi dan sedia untuk menerkam.

Kafir Barat berkomplot menentang seruan murni ini. Mereka fikir yang mereka mampu untuk memadamkan atau menutup cahayanya daripada manusia, setelah seruan tersebut membuatkan mereka tidak dapat tidur dan rehat dan mengalami tekanan hebat. Justeru, mereka mengeluarkan semua senjata, menggunakan apa saja kaedah yang keluar daripada pemikiran penjajahnya, peralatan dan sarana, dan mempersiapkan kesemua ejen-ejenya dan tentera upahan mereka untuk melawan Islam dan umat Islam.

Bahkan perkataan yang ikhlas, soleh dan jernih telah menjadikan mereka takut, terpaku dan telah merampas tidur daripada mata mereka. Oleh yang demikian, mereka menjalankan kempen melampau ini menerusi pelbagai agensi perisikan mereka, yang sebetulnya mereka telah melancarkan perang salib yang sengit untuk menutup laman dan mendiamkan suara yang ikhlas ini. Namun, hal itu adalah jauh daripada kebenaran bahawa mereka dapat memadamkan cahaya Allah atau mendiamkan suara kebenaran?!

 

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” [TMQ at-Taubah (9): 32-33]

Osman Bakhach
Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir