Kenyataan Media: Syahidnya Ann Yevgeny di Penjara Penguasa Zalim Uzbekistan

Syahidnya Ann Yevgeny di Penjara Penguasa Zalim Uzbekistan

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعون

 “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali” [TMQ al-Baqarah (2):156]

Saudara kita Ann Yevgeny telah syahid di Penjara UYa-64/51, yang terletak di kota Koson daerah Qashqadaryo. Beliau lahir pada tahun 1977, berasal dari Korea dan merupakan penduduk Tashkent.

Sebelum ditahan dan dibicarakan, Yevgeny hanya merupakan seorang penduduk biasa Uzbekistan. Seperti kawan-kawannya yang lain yang berasal dari Korea, beliau tidak percaya kepada Tuhan, menjalani hidupnya tanpa maksud dan tanpa tujuan. Beliau terlibat dalam kegiatan jenayah dan kemudian ditangkap kerana penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Di dalam penjara, Yevgeny bertemu dengan para syabab Hizbut Tahrir, yang menjelaskan kepadanya tentang ideologi Islam, doktrin dan sistem kehidupan. Allah membuka hatinya untuk beriman dan dengan taufik dan hidayah dari Allah SWT, beliau berhijrah dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam. Keyakinan itu telah menembusi hatinya sehingga dia menjadi seorang penjaga Islam yang amanah dan bergabung dengan para pemikul dakwah, sehingga dinding penjara yang tebal tidak dapat memadamkan perubahan keyakinan yang telah menerangi hatinya.

Pihak pengurusan penjara terkejut apabila mendapat tahu bahawa tahanan Korea yang bernama Yevgeny telah memeluk Islam dan telah mula berdakwah untuk mengembalikan kehidupan Islam melalui penegakan Khilafah yang benar yang berjalan di atas manhaj kenabian. Oleh yang demikian, para pegawai penjara mula menyiksanya dan berusaha dengan pelbagai cara untuk menjauhkannya dari Islam dan membuatnya kembali kepada atheisme. Akan tetapi beliau tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahkan semakin kuat ketaatannya kepada Allah, semakin tabah dan sabar di dalam ketaatan atas apa yang beliau hadapi dari penderitaan seksaan penjara.

Pada 10/08/2015 para pegawai penjara telah memindahkan Yevgeny ke tempat tahanan lain, di mana para pemimpin penjahat (Jelola) sedang menunggunya dan para penjahat itu memukul Yevgeny dengan ganas dan kejam sehingga menyebabkan beliau syahid (seperti yang kita harapkan atas kesyahidan beliau dan Allah adalah Maha Penghisab).

Perkara ini telah mengingatkan kita kepada peristiwa yang diriwayatkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bara bin Aazib (ra):

«أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم رَجُلٌ مُقَنَّعٌ بِالْحَدِيدِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُقَاتِلُ أَوْ أُسْلِمُ قَالَ أَسْلِمْ ثُمَّ قَاتِلْ فَأَسْلَمَ ثُمَّ قَاتَلَ فَقُتِلَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَمِلَ قَلِيلًا وَأُجِرَ كَثِيرًا»

 “Seorang lelaki berperisai besi datang kepada Nabi , lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah apakah aku perlu berperang atau menjadi seorang Muslim.” Baginda bersabda,’ Menjadi Muslimlah kamu kemudian berperang’, lalu dia berbuat demikian dan terbunuh. Rasulullah bersabda, “Sedikit amal namun pahala yang besar” (Dia telah melakukan amal yang sedikit, tetapi mendapatkan pahala yang besar) [HR Muslim].

Keimanan telah meresapi hati Yevgeny tidaklah begitu lama tetapi beliau menjadi bertambah kuat dengan keyakinannya itu daripada si Karimov (penguasa Uzbekistan) yang zalim beserta para pembantunya dan Yevgeny telah mengalahkan mereka  dengan kegigihan, kesabaran dan keikhlasan atas janji Allah setelah Allah redha dengan keimanannya.

Kita berdoa kepada Allah SWT agar menerima saudara kita Yevgeny dan membangkitkannya bersama para nabi, siddiqin dan syuhada’. Marilah kita memperbaharui janji kita untuk terus teguh selama-lamanya di dalam perjuangan ini, sebagaimana kukuhnya gunung, di dalam melawan para penguasa yang zalim yang menyebarkan kerosakan di muka bumi sehingga kita bertemu dengan Allah dan Allah redha dengan kita.

Semoga Allah SWT memuliakan kita dengan kemenangan buat seluruh umat Islam dan kita dapat menghancurkan belenggu perhambaan global kolonialisme dan para penguasa boneka yang jahat yang dilaknat oleh Allah dan para malaikat dan orang-orang beriman dan kemudian kita akan meneruskan dengan pembebasan manusia dari kejahatan global kolonialisme beserta najisnya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

 “Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah janjinya” [al-Ahzab (33):23]

  

Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Sabtu, 23 Safar 1437 H
5 Disember 2015
Ruj: 1437 H / 011