Inilah tindakan rejim Uzbekistan!

KarimovSyawwkat, dilahirkan pada 1964 di Uzbekistan. Beliau telah dihukum 9 tahun penjara pada tahun 1999 atas tuduhan berafiliasi dengan HizbutTahrir. Setelah menamatkan tempoh penjaranya pada tahun 2008, ketua rejim tidak mahu melepaskannya lalu ditambah lagi dengan 3 tahun penjara. Setelah tamat tempoh hukuman kedua ini, hakim sekali lagi tidak mahu membebaskannya, lalu ditambah lagi tiga tahun sehingga 2014.

Pada tahun 2002, pihak penjara secara sengaja menempatkan Shawwkat di dalam kurungan bersama dengan banduan yang mengidap tuberculosis (batuk kering) supaya dia dijangkiti dengan penyakit berjangkit ini. Ternyata, beliau kemudian telah dijangkiti dengan tuberculosis. Warden penjara sebenarnya telah bertindak atas arahan dari Presiden negaranya dalam usaha untuk menghapuskan para banduan.

KarimovShawwkat menderita penyakit tuberculosis di dalam penjara dan setiap kali tempoh penjaranya berakhir, is terus ditambah lagi dan lagi sehinggalah beliau syahid di penjara San Krad pada hari Rabu 27 Ramadhan 1433H (15/08/2012). Ahli keluarganya kemudian menuntut jenazahnya yang mulia itu dari penjara berkenaan.

Kita berdoa agar Allah SWT merahmati beliau dan saudara-saudara kita yang lain yang telah terbunuh hasil kekejaman rejim Uzbekistan, semoga Allah SWT menempatkan mereka sebagaimana janjiNya,

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا .ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ عَلِيمًا

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu Nabi-nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui”
[An-Nisa’ (4):69-70].

HizbutTahrirUzbekistan
28 Ramadan 1433H
16 Ogos 2012M

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=1stgZVVLHSA&feature=player_embedded]