Kerajaan Bangladesh Mengambil Pendekatan Ala Amerika Untuk Meningkatkan Tekanan Ke Atas HT

Kenyataan Media

Kerajaan Bangladesh mengambil pendekatan penculikan ala Amerika untuk meningkatkan tekanan ke atas Hizbut Tahrir

 

Pada hari Jumaat, 30 hb Oktober, para pegawai cawangan siasatan telah menculik lima ahli dan aktivis Hizbut Tahrir Bangladesh dari beberapa kawasan di bandar Dhaka.  Di antara ahli HT yang diculik adalah Nazmus Sadat, Mohammad Zulfiqar, Mansur Ahmed Raju, Mohammad Kamrul Islam dan Mohammad Shakil.  Penculikan itu mula di sedari oleh ahli keluarga mereka apabila usaha mencari mereka yang dilakukan di merata tempat tidak berhasil.  Perlu dinyatakan di sini bahawa Nazmus Sadat, Mohamad Shakil dan Kamarul Islam telah diculik ketika mereka sedang menyiapkan dokumen untuk diserahkan kepada peguam bagi memfailkan writ ke atas pengharaman Hizbut Tahrir.  Akhirnya, mereka telah di hadapkan ke mahkamah pada hari ini, atas desakan keluarga mereka.


Hizbut Tahrir ingin menegaskan sekali lagi bahawa rejim Bangladesh telah memutuskan untuk mengharamkan seluruh aktiviti parti setelah mendapat arahan dari Amerika, Britain dan India.  Walaupun ketiga-tiga negara ini mempunyai urusan dan matlamat tersendiri, tetapi mereka bersekutu dalam agenda menentang Hizbut Tahrir.  Ini tidak lain hanyalah kerana mereka memandang parti ini sebagai batu penghalang dalam konspirasi negara-negara Imperialis terhadap umat Islam di Bangladesh. 


Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan bukti-bukti kejayaan Hizbut Tahrir dalam mendedahkan rancangan keji Amerika-India-British terhadap negara ini, semenjak sepuluh tahun lalu.  Parti ini juga tidak pernah berhenti menyeru kepada umat untuk sama-sama berjuang mengembalikan Khilafah yang mana hanya dengannya kaum Muslimin akan dibebaskan dari cengkaman dan seksaan kuffar Imperialis.  Pemimpin nombor satu kuffar penjajah, iaitu Amerika, telah menjadi amat gerun dan tertekan dengan kecekalan perjuangan parti ini, menyebabkan mereka berusaha keras untuk menghapuskan suara-suara lantang perjuangan HT yang menyeru umat ke arah kebenaran yang hakiki.


Kerajaan Bangladesh telah mengenakan tahanan rumah ke atas jurucakap rasmi Hizbut tahrir Bangladesh, Mohiuddin Ahmed bersama tiga ahli HT yang lain sejak dua minggu yang lalu, dan tatkala kerajaan boneka kuffar Barat ini masih mencari-cari bukti untuk dibawa kepada rakyat mahupun mahkamah bagi membenarkan perbuatan mereka terhadap Hizbut tahrir, mereka mengambil pendekatan penculikan ala Amerika ke atas ahli-ahli HT.  Sesungguhnya pendekatan ini bertentangan dengan nilai yang di agung-agungkan mereka seperti kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan undang-undang ciptaan mereka.  Namun Hizbut Tahrir dengan jelas ingin menyatakan di sini bahawa parti akan tetap meneruskan semua aktiviti dakwahnya dan InsyaAllah matlamat perjuangan untuk  mengembalikan Daulah Khilafah akan segera dizahirkan melalui pertolongan dari Allah Subhanahu wa Taala dan sokongan dari Umat. 

 

Pejabat Media Hizbut Tahrir Bangladesh