Kerajaan Pakistan Cuba Menipu Rakyatnya

altPerbuatan membocorkan maklumat kepada negara luar adalah kesalahan serius kerana ia dianggap boleh mengancam keselamatan negara dan boleh dituduh sebagai pengintip. Mungkin atas alasan itu kerajaan Pakistan baru-baru ini telah memecat seorang pakar bedah, Shakeel Afridi atas tuduhan membocorkan maklumat tempat persembunyian Obama bin Laden kepada AS. Shakeel dikatakan telah direkrut oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA). Melaluinya, CIA telah melancarkan program vaksinasi untuk mencegah hepatitis B sebagai helah untuk mendapatkan sampel DNA penduduk tempatan. Dipercayai dengan kaedah tersebut mereka akan dapat menjejaki Obama.

Perbuatan memecatkan rakyat yang bekerja dengan agen perisikan Amerika Syarikat (AS) iaitu CIA hanyalah suatu perbuatan yang mahu mengabui mata rakyat. Rejim Pakistan percaya bahawa sebahagian besar rakyat Pakistan sememangnya membenci campurtangan Amerika Syarikat di dalam masalah dalaman Pakistan. Segala peristiwa yang telah berlaku kebelakangan ini, bermula daripada pengeboman jarak jauh oleh tentera AS dengan menggunakan predator drone atau pesawat kawalan jauh yang setakat ini telah mengorbankan beratus-ratus jiwa di wilayah bergolak, sehinggalah kepada pengeboman yang mengorbankan seramai 24 askar Pakistan tahun lalu dan kemudian pembebasan Raymond Davies yang merupakan salah seorang anggota Blackwater, syarikat keselamatan yang diberi kontrak oleh CIA tetapi lebih berupa seorang pengganas kerana bertanggungjawab membunuh 2 orang awam dengan kejam di Lahore.

Daripada deretan peristiwa dan kejadian yang melibatkan keganasan AS itu, rejim Pakistan khuatir bahawa mereka akan menerima nasib yang sama dengan negara-negara lain di Timur Tengah seperti Mesir, Tunisia, Libya, Yemen dan Syria di mana rakyat mereka telah bangun dan memberontak meruntuhkan kerajaaan masing-masing. Maka kerajaan Pakistan merasakan mereka mesti melakukan sesuatu supaya rakyat nampak seolah-olah rejim membela nasib mereka.

Jadi, oleh kerana itu, rakyat Pakistan dan kaum muslimin harus sedar permainan yang dimainkan di antara kerajaan Pakistan dan AS. Justeru rakyat Pakistan harus menolak rejim yang menjadi boneka Amerika Syarikat ini yang telah mendatangkan banyak kerugian dan pelbagai bentuk kesengsaraan kepada rakyat sendiri serta  wajib bangun untuk berjuang kea rah mendirikan semula Khilafah Islam yang akan membela kehidupan rakyat dan melindungi negara daripada sebarang ancaman dan campurtangan kuasa asing.
Wa Allahu a’lam.

Rujukan : Utusan Malaysia 30/3/2012