Kenyataan Akhbar Hizbut Tahrir Pakistan

Di dalam pengkhianatannya, Presiden yang demokratik berada dua langkah di hadapan Presiden yang diktator!!!

Kenyataan Zardari berkenaan jihad di Kashmir dan serangan peluru berpandu Amerika sudah cukup membuktikan pengkhianatannya

Dengan menggelar jihad di Kashmir sebagai terrorisme dan mengakui bahawa serangan peluru berpandu Amerika dilancarkan dengan izin kerajaan, Asif Zardari telah membuktikan bahawa dia adalah pengkhianat yang lebih besar dari Musharraf. Kini faktanya begitu jelas bahawa serangan Amerika ke atas penduduk yang tidak bersalah dan tindakan pihak tentera Pakistan dijalankan dengan restu dari kerajaan, manakala pejabat luar (foreign office) telah mengeluarkan ‘kutukan’ palsu untuk menipu rakyat.

Di manakah para intelektual yang selama ini mendakwa bahawa jika demokrasi dilaksanakan di Pakistan, Amerika tidak akan dapat memberi tekanan ke atas Pakistan dan Parlimen akan dilindungi dari desakan Amerika? Kerajaan yang demokratik ini telah pun ‘mendedahkan’ demokrasi hanya di dalam beberapa bulan sahaja. Inilah realiti pemimpin yang demokratik yang jauh lebih buruk dari rejim diktator di dalam pengkhianatannya.

Hizbut Tahrir dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Zardari dan ingin memberitahu beliau bahawa masyarakat tidak akan pernah menganggap jihad di Kashmir sebagai terrorisme mahu pun membenarkan pengeboman Amerika di mana-mana bahagian di Pakistan. Rakyat telah menyaksikan dengan jelas wajah jahat demokrasi dan diktator dan mereka kini hanya inginkan Islam dilaksanakan yang mana hanya akan terealisasi dengan tertegaknya Daulah Khilafah. Kami dengan ini menyeru golongan yang ikhlas di kalangan mereka yang memegang kekuasaan untuk memberikan nusrah (pertolongan) kepada Hizbut Tahrir agar Islam dapat diterapkan dengan berdirinya kembali Khilafah dan umat ini boleh dibebaskan dari pengkhianatan-pengkhianatan para pemimpin yang ada.

Naveed Butt
Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Pakistan
08 Syawal 1429H / 07 Oktober 2008M