Kenyataan Akhbar: Isu Penculikan Jurucakap Hizbut Tahrir Wilayah Pakistan

Kenyataan Akhbar
Isu Penculikan Jurucakap Hizbut Tahrir Wilayah Pakistan
Keluarga Menuntut Pembebasan Segera Naveed Butt Daripada Penculikan
Assalamu alaikum,

Sekarang sudah lebih dari tujuh bulan sejak Naveed diculik. Walaupun bulan suci Ramadhan dan dua hari raya telah berlalu tetapi penguasa zalim Pakistan masih tetap tidak berganjak. Bayangkan kesan peristiwa ini terhadap keluarga dan anak-anak Naveed Butt.

naveed-buttNaveed Butt, seorang jurutera yang menghabiskan masa hidupnya berusaha untuk mendirikan semula Khilafah, sebuah sistem Islam yang datangnya dari Allah (SWT) dan Muhammad (SAW). Sesiapa yang mengenali dan pernah menemui Naveed Butt, akan mengetahui bahawa perjuangan beliau adalah secara politik dan intelektual. Beliau beranggapan bahawa perjuangan secara kekerasan di dalam menegakkan Khilafah adalah bertentangan dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (SAW). Mereka yang mengenali beliau juga mengetahui bahawa beliau tidak gentar di dalam menyuarakan kebenaran di tengah-tengah dunia yang serba zalim ini. Dalam perjuangan ini, beliau berdakwah dengan menggunakan penulisan dan ucapan beliau yang amat membekas. Pendakwah yang gigih ini telah diculik oleh penguasa sejak tujuh bulan lepas di hadapan anak-anaknya dan sejak peristiwa itu tiada siapa yang mengetahui di manakah beliau berada. Malah para penguasa mengugut keluarga beliau agar tidak menghebohkan peristiwa tersebut. Para penguasa menjejaki salah seorang anak saudara beliau dengan beberapa kenderaan di seluruh Islamabad dan menembak beliau dengan senjata api serta menggeledah rumah seorang lagi anak saudara beliau di hadapan isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Kami, keluarga terdekat Naveed Butt, melahirkan rasa marah kami terhadap peristiwa ini dan kami ingin mengajukan soalan kepada mereka yang prihatin – adakah suatu jenayah besar untuk mengembalikan sistem kehidupan Islam, sehinggakan orang seperti Naveed Butt diculik selama beberapa bulan? Kami ingin bertanya kepada pendukung-pendukung hak asasi manusia, adakah suatu jenayah besar untuk memuhasabah tindakan-tindakan salah para penguasa, sehinggakan seseorang itu tidak dibenarkan melantik seorang peguam untuk membela dirinya? Dan kami ingin bertanya kepada para pembelot dari kalangan pimpinan tentera dan politik, adakah mereka tidak takut kepada Allah? Adakah mereka mengetahui bahawa selepas kehidupan dunia yang sementara ini, mereka akan diadili dan dihukum di hadapan Allah tentang segala perbuatan yang telah mereka lakukan? Adakah mereka fikir bahawa dengan menculik Naveed Butt akan dapat menghalang agama Allah daripada ditegakkan?

Kami dengan ini mengisytiharkan secara terbuka bahawa segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Naveed Butt dan segala kezaliman yang beliau hadapi, telah menjadikan ramai orang yang mengenali dan menyayangi beliau, lebih berusaha keras dalam memperjuangkan Khilafah. Peristiwa tersebut telah menjadikan kami lebih bersemangat dan lebih teguh bersama umat Islam lain yang turut memperjuangkan penegakan Khilafah di seluruh dunia. Dalam masa yang sama, kami menuntut dengan tegas akan pembebasan Naveed Butt dan tindakan keras dikenakan ke atas penjahat yang telah menculik beliau. Kami menyeru kepada umat Islam Pakistan supaya berjuang bersama-sama kami, agar umat Islam beroleh semula kemuliaan dan kehormatannya, dengan mendirikan semula al-Khilafah al-Islamiyyah. Dan pada hari tersebut, umat Islam akan bergembira. Allah berfirman di dalam al-Quran,
 

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
“Pada hari itu, orang-orang beriman akan bergembira. dengan pertolongan Allah, Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani” [TMQ Ar-Rum [30]: 4-5]

Pejabat Media Hizbut Tahrir Wilayah Pakistan
10 Safar 1434H
24 Disember 2012M