Ketenteraan Masa Depan Khilafah

Dalam sejarah Khilafah, Khilafah mempunyai tentera yang terkuat di dunia dengan teknologi yang tercanggih. Meriam (yang digunakan oleh umat Islam) dalam usaha untuk membuka Istanbul pada tahun 1453 Masihi adalah yang pertama pernah dibina seumpamanya. Negara-negara Eropah amat takut kepada Khilafah kerana kekuatannya dan kekuasaan ekonominya.

Sejarah tentera Islam terkenal dengan ramai para panglima dan para pemimpin hebat seperti Khalid bin Al-Walid RA, Amr Ibn al-As RA, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Kostantinopel yang kini dikenali sebagai Istanbul. Individu-individu ini telah berkhidmat untuk Islam dan mempertahankan maruah umat Islam. Pada abad ke-16 Masihi, Khilafah Uthmaniyah memiliki ketenteraan yang terkuat di dunia dan Laut Hitam dikenali sebagai “Tasik Uthmani” kerana seluruh kawasan yang dikuasai Khilafah mengelilingi Laut Hitam. Sejak runtuhnya Khilafah pada tahun 1924, dunia kaum Muslimin tidak lagi membangunkan sebarang peralatan ketenteraan utama dan juga telah gagal untuk melahirkan para pemimpin yang sama hebat sepertimana yang disebutkan di atas.

Dunia kaum Muslimin pada hari ini hidup di bawah bayang-bayang Khilafah di masa silam dan tidak mempunyai kekuatan serta maruah sepertimana Khilafah miliki dahulu. Oleh itu, satu-satunya jalan untuk dunia kaum Muslimin bangkit kembali adalah dengan mendirikan Khilafah sebagai sebuah entiti pusat seluruh umat Islam, insyaAllah.

Ramai yang menyangka bahawa dunia kaum Muslimin adalah lemah dan tidak berupaya untuk mencabar kuasa-kuasa besar dunia. Walaupun mempunyai kerajaan-kerajaan yang korup dan pemimpin-pemimpin yang lemah, beberapa negeri umat Islam telah berjaya menghasilkan kemajuan teknologi  ketenteraan seperti Pakistan, Turki, Iran dan Indonesia. Disebabkan infrastruktur dan kemahiran-kemahiran teknikal untuk pembangunan kelengkapan ketenteraan  sudah pun wujud di tanah-tanah kaum Muslimin, maka apabila negara Khilafah sudah tertegak kelak, negara akan membangunkan polisi-polisi untuk menggalakkan dan meningkatkan lagi keupayaan ketenteraan.

Pakistan telah menghasilkan kelengkapan ketenteraan berikut :

•    Kereta Kebal Al-Khalid dan Al-Zarrar (Dibangunkan oleh Syarikat Industri Berat Taxila (HIT))
•   Pesawat Tempur Pelbagaiguna JF-17 Thunder (pesawat tempur ini telah dihasilkan dengan kerjasama China)
•    Pesawat latihan MFI-17 Mushshak.
•    UAV (kenderaan kawalan tanpa pemandu)
•    Peluru berpandu.
•    Tentera Pakistan adalah tentera yang ke-6 terbesar di dunia.

Turki telah menghasilkan kelengkapan ketenteraan berikut:

•    Pesawat Tempur di bawah lesen (Dihasilkan oleh Industri Aeroangkasa Turki (TAI))
•    Alat ganti pesawat Boeing dan Airbus.
•    UAV (kenderaan kawalan tanpa pemandu)
•    Kapal-kapal Perang
•    Kenderaan-kenderaan Tentera
•    Tentera Turki adalah tentera yang ke-7 terbesar di dunia
•    Turki memiliki tentera kedua terbesar dalam NATO.

Turki mempunyai perancangan untuk membangunkan jet pejuangnya sendiri (dalam negara) menjelang 2020.

Iran telah menghasilkan kelengkapan ketenteraan berikut :

•    Teknologi Radar.
•    Jet Pejuang Seorang Pemandu Saeqah.
•    Sistem Peluru Berpandu.

Indonesia telah menghasilkan kelengkapan ketenteraan berikut:

•    Merekacipta dan membangunkan pesawat komuter bagi orang awam dan tentera serantau.
•    Kelengkapan Persenjataan dan kenderaan-kenderaan tentera.

Perbangunan-pembangunan ini perlu dibina dan Khilafah perlu menunjukkan bahawa ia  mempunyai keupayaan untuk mempertahankan dirinya bermula daripada awal penubuhan negaranya.

ummah-milatary-infographic-smallSebahagian daripada negeri-negeri kaum Muslimin terletak di bahagian-bahagian yang strategik di dunia. Contohnya Pakistan, Turki dan Mesir mempunyai ruang udara dan pangkalan tentera laut yang paling penting kepada dunia. Inilah sebabnya mengapa kuasa-kuasa penjajah saling bersaing untuk menguasai negara-negara tersebut dalam dunia umat Islam. Khilafah Uthmaniyah pernah menguasai Selat Bosphorus dan memaksa negara-negara lain untuk mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu sebelum melalui Bosphorus. Khilafah tidak pernah sama sekali berkompromi soal keselamatan negaranya dengan membenarkan negara-negara ganas untuk menggunakan mana-mana tanahnya atau selat-selatnya yang strategik atau pangkalan-pangkalan tentera lautnya.

Beberapa polisi Khilafah pada masa hadapan berhubung dengan penghasilan dan galakkan untuk meningkatkan ketenteraan adalah termasuk:

•  Menaiktaraf infrastruktur yang ada yang digunakan untuk membangunkan kelengkapan ketenteraan
• Bekerja ke arah kemandirian diri, iaitu tidak bergantung kepada mana-mana kuasa luar dalam pembangunan kelengkapan ketenteraan.
•  Membangunkan institusi yang akan melahirkan jurutera-jurutera, juruterbang-juruterbang, doktor-doktor dan lain-lain.
•  Membangunkan sistem ketenteraan

Polisi-polisi di atas akan memastikan bahawa Khilafah bekerja ke arah memiliki ketenteraan yang kuat dan moden. Pada hari ini, dunia umat Islam mempunyai sumber alam semulajadi yang melimpah-ruah dan sumber manusia yang ramai yang akan membolehkan Khilafah untuk menjadi sebuah kuasa global. Khilafah akan mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sejak daripada awal penubuhannya seperti:

• Tentera terbesar di dunia.
• Tanah yang sangat luas.
• Kawalan terhadap ruang udara yang strategik, selat-selat yang strategik dan pangkalan-pangkalan tentera laut
•  Akses yang besar kepada sumber alam semulajadi

Ia akan mengambil masa bagi Khilafah untuk membangunkan dan meningkatkan ketenteraannya, namun Khilafah akan mempunyai sistem yang betul untuk membolehkannya membangunkan kelengkapan yang terbaik. Kebanyakan kuasa-kuasa dunia mencapai kekuatan ketenteraan mereka melalui penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan selama berdekad-dekad.

Khilafah akan meletakkan sasaran untuk memiliki ketenteraan yang terbaik di dunia yang mana ini akan membolehkan Khilafah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, termasuklah wilayahnya sendiri dan juga seluruh dunia. Kekuatan ketenteraan Khilafah juga akan memastikan bahawa tidak ada kuasa global menjajah dunia kaum Muslimin sepertimana yang kita saksikan pada hari ini. Negara ini akan melahirkan pejuang-pejuang seperti Muhammad bin Qasim yang akan berkhidmat kepada Khilafah dan Islam. Khilafah akan menjadi cahaya ikutan bagi seluruh umat manusia dan juga sebagai sebuah model negara yang diidam-idamkan oleh kesemua bangsa, insyaAllah.

Keupayaan mana-mana negara untuk mempertahankan sempadan wilayahnya daripada ancaman asing adalah sangat penting bagi kewujudannya sebagai sebuah negara. Bagi sesebuah negara, untuk dianggap sebagai bebas dalam melindungi sempadan wilayahnya, integriti adalah sangat penting. Jika tidak, kewujudannya sebagai sebuah negara boleh dipertikaikan. Sesebuah negara yang berupaya untuk menjaga integriti sempadan wilayahnya, dapat memberi tumpuan kepada pembangunan dalaman dan juga kemakmuran, tanpa perlu risau kepada gangguan luaran. Keadaan ini boleh dicapai melalui pembangunan sebuah tapak industri yang menghasilkan kelengkapan ketenteraan. Ini kemudiannya akan menjadikan sesebuah negara itu untuk mampu mempertahankan sempadan wilayahnya sendiri dan juga menjadikannya mampu berdiri sendiri dalam ikhtiarnya. Keadaan kekangan keupayaan ini juga memberikan sesebuah negara itu kuasa untuk bergerak lebih maju ke hadapan, dan ini akan membolehkannya untuk memainkan peranan dalam dunia melangkaui benuanya.

Di sepanjang sejarah peradaban-peradaban, bangsa-bangsa, puak-puak dan empayar-empayar yang membina tentera-tentera untuk mempertahankan tanah-tanah mereka, mereka telah membina industri-industri persenjataan daripada pelbagai jenis dan memanfaatkan apa sahaja teknologi yang ada pada zaman mereka untuk mempertahankan tanah-tanah mereka dan menyebarluaskan kuasa. Melihat kepada sejarah sepintas lalu menunjukkan bahawa kesemua negara-negara kuasa dunia memiliki tentera yang ramai, persenjataan yang canggih dan mempunyai kelebihan tertentu berbanding pesaing-pesaing mereka. Empayar Rom, Empayar British, Amerika Syarikat, Bonarparte dari Perancis, Nazi Jerman, Empayar Diraja Jepun, Kesatuan Soviet, China serta Khilafah, kesemuanya membina industri-industri ketenteraan dan tentera-tentera, agar mereka dapat mempertahankan sempadan wilayah mereka dan menyebarluaskan kekuasaan di peringkat global.

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan bagi negara-negara yang mempunyai industri-industri ketenteraan yang canggih, mereka juga adalah merupakan kuasa dunia dan telah membangunkan satu sistem antarabangsa yang dapat melindungi kepentingan-kepentingan mereka. Jika kita melihat kepada dunia kaum Muslimin (pada hari ini), kita dapati bahawa kebanyakan negara-negaranya tidak bebas dengan keperluan ketenteraan mereka dan kebanyakannya bergantung kepada barat bagi asas keselamatan mereka. Inilah sebabnya ia bukan sesuatu yang pelik, mengapa kebanyakan pemerintah dunia kaum Muslimin itu tidak bebas.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika kebangkitan Arab (Arab Spring) telah menunjukkan  bahawa umat ini sedang berusaha untuk mengubah keadaan yang sedia ada ini dan membawanya ke arah yang tersendiri. Mengeluarkan segala campur tangan asing dan menjaga sempadan wilayah adalah langkah utama untuk memutuskan campur tangan barat yang telah mencengkam selama berdekad-dekad. Laporan ini adalah siri yang kelima dalam usaha untuk melihat bagaimana Khilafah mengendalikan perkara-perkara kritikal sebagai sebuah negara baru. Industri, pendidikan, tenaga dan dasar luar negara telah dikaji dan dianalisia dalam penerbitan-penerbitan sebelum ini. Penulisan ini juga bertujuan untuk menganalisa bagaimana negara-negara dalam era moden ini menjaga sempadan wilayah mereka, menyebarluaskan kuasa dan mewujudkan imej kekuatan. Ia juga bertujuan untuk menganalisa kekuatan ketenteraan kuasa-kuasa dunia dalam usaha untuk menyimpulkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan  Khilafah pada masa depan. Ia juga menganalisia tapak industri pertahanan negeri-negeri kaum Muslimin dengan menunjukkan di manakah kekuatannya dan di manakah pembangunan yang diperlukan. Laporan ini akan menjadi garis kasar bagi polisi-polisi yang diperlukan Khilafah dalam penerapannya untuk mempertahankan tanahnya dan membina pertahanannya yang tersendiri.

Sumber: khilafah.com