Khutbah Jumaat: Muhasabah Di Penghujung Ramadan

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ ضَاعَفَ فِىْ رَمَضَانَ الْحَسَنَاتِ، وَمَحَا فِيْهِ الْخَطِيْئَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، وَرَفَعَ عَلَى الصَّائِمِيْنَ دَرَجَاتٍ،

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، اَجْزَلَ ثَوَابَ الْمُطِيْعِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصَّالِحَاتِ،

وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الدَّاعِىْ اِلَى الْخَيْرَاتِ وَتَرْكِ الْمَنْهِيَّاتِ.

اَللَّهُمَّ فَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ اِلَى يَوْمِ الْحِسَابِ،

اَمَّا بَعْدُ فَيَا اَيُّهَا الْحَاضِرُوْنَ رَحِمَكُمُ اللَّهُ، اُوْصِيْ نَفْسِيْ وَاِيَّاكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلَّا وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah ‘azza wajalla, dengan mengamalkan sega perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Jemaah Jumaat sekalian,

            Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadan yang berkah ini akan meninggalkan kita. Sepuluh malam terakhir cuma berbaki dua ke tiga hari sahaja. Di sini, khatib ingin mengajak para jemaah sekalian sama-sama kita memuhasabah diri. Marilah kita menggunakan kesempatan hari-hari terakhir Ramadan ini untuk merenung kembali perkataan dan perbuatan kita. Khatib juga ingin melontarkan beberapa persoalan yang boleh kita ajukan dalam diri kita, agar dijadikan introspeksi dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang Muslim dari aspek per individu, bermasyarakat, dan bernegara.

Pertama, untuk diri kita sendiri, sepanjang Ramadan ini, apa sahaja yang telah kita laksanakan? Apa amalan yang dilakukan, apa kemungkaran yang kita dapat tinggalkan? Apakah Ramadan telah mengangkat jati diri kita sebagai Mukmin, yang berlepas diri daripada segala macam kejahatan dan mengejar kebaikan? Alhamdulillah, Ramadan kali ini memberikan lebih kebebasan kepada kita untuk beramal ibadah, menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah dan sesama manusia. Maka, untuk waktu yang semakin suntuk ini, marilah kita mengejar kebaikan buat diri kita dan bersegeralah memohon keampunan dan bertaubat kepada-Nya. Allah (swt) berfirman:

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.

          (Surah Ali Imran ayat 133)

Keampunan dan takwa itu saling berkaitan, sebagaimana tujuan akhir daripada Ramadan itu adalah takwa, maka janganlah kita lalai untuk bertaubat kepadanya, kerana manusia mana yang tidak berdosa melainkan Rasulullah (saw) yang mulia?

Kedua, sebagai individu yang hidup dalam komuniti dan bermasyarakat, adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita seperti yang dituntut dalam Islam? Islam menyuruh kita untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar, maka sejauh manakah kita melaksanakan tuntutan tersebut? Siapakah di antara kita yang peduli kepada keluarga dan kerabatnya, serta jiran tetangganya? Adakah mereka menderita kelaparan atau adakah mereka dapat memenuhi hajat dan keperluan masing-masing? Ingatlah sabda Baginda (saw):

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.

“Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan”

          (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan banyak lagi tanggungjawab kita dalam kehidupan bermasyarakat yang tidak mungkin dapat kita senaraikan satu persatu di sini. Semuanya berkait rapat dengan perintah-perintah Allah dalam hal-hal melibatkan sesama manusia, yang mungkin kurang diperhatikan oleh sebahagian daripada kita tatkala mengejar ibadah-ibadah lain di bulan yang berkah ini.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Ketiga, khatib ingin melontarkan persoalan yang tidak kurang pentingnya, sejauh mana kepedulian kita kepada saudara-saudara kita yang berada di seluruh pelusuk dunia? Sesungguhnya, umat Islam adalah umat yang satu, dan mereka menyembah Allah yang Maha Esa, meneladani Rasul yang sama dan merujuk serta beramal dengan kitab yang sama. Namun di Palestin misalnya, hampir setiap tahun rejim Yahudi melakukan serangan dan gangguan terhadap umat Islam yang sedang beribadah di kiblat pertama kita, yakni Masjid al-Aqsa. Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, rejim ini sentiasa memprovokasi umat Islam pada bulan-bulan mulia mereka. Pada tahun ini, mereka menggunakan dron untuk menyembur gas kepada jemaah, menangkap para pemuda, ulama dan jemaah yang sedang khusyuk beribadah. Di manakah sosok yang dapat menghalang rejim yang keji ini? Wahai jemaah sekalian, mereka itu saudara kita, anak kita, ayah kita, ulama kita, bukan sekadar “orang Palestin, kanak-kanak Palestin, orang tua di Palestin atau ulama Palestin”. Darah kita dan darah mereka itu disucikan serta dimuliakan oleh Islam!

            Demikian juga nasib yang menimpa saudara-saudara kita Muslim Uighur yang tidak dibenarkan berpuasa dan beribadah saban tahun. Rejim Komunis China sangat merendah-rendahkan ibadah fardu kita, bahkan memaksa mereka makan dan minum di siang hari. Sebahagian besar komuniti ini ditahan di pusat-pusat tahanan supaya dapat dicuci otaknya, didoktrinkan dengan pemahaman-pemahaman dan budaya yang bertentangan dengan kepercayaan agamanya, supaya semakin hilang jati diri agama mereka. Allahu akbar. Tidakkah kalian menyedari musibah ini? Atau khabar-khabar penindasan ini sekadar berlalu tanpa meninggalkan sebarang bekas dalam sanubari kita? Sedarkah kalian bahawa di saat kita dapat menikmati bulan ini dengan lebih indah, mereka ditindas serta dinafikan hak oleh rejim kuffar China.

Dalam pada itu, di belahan dunia yang lain, sentimen Islamofobia dan ketuanan kulit putih menyebabkan Muslimah kita di Perancis diserang hanya kerana memakai tudung. Manakala sebahagian jemaah di sebuah masjid di Toronto, Kanada telah ditembak ketika sedang beribadah, dalam sebuah insiden serangan yang mencederakan lima orang. Walaupun tidak seburuk tragedi tahun 2019 yang menimpa saudara kita di masjid Christchurch, New Zealand, namun ini terjadi hampir setiap tahun di segenap pelusuk dunia. Sejarah mencatatkan insiden-insiden serangan ke atas umat Islam saban tahun – pada 2017 di bandar Quebac, 2019 di New Zealand, 2020 di Norway. Begitu pula di India, Gerakan ekstremis Hindutva yang dinaungi parti Bharatia Janata (BJP) telah melakukan serangan terhadap umat Islam, merosakkan masjid-masjid mereka pada bulan ini dalam rusuhan anti-Muslim. Mengapa penderitaan mereka seakan-akan tidak dipedulikan oleh umat Islam di seluruh dunia?

Sidang Jumaat sekalian,

            Demikianlah antara cebisan-cebisan peristiwa hitam yang menimpa kita. Iya, menimpa kita sebagai umat yang satu. Bukannya menimpa “orang India”, “orang Arab”, “orang Cina” atau “orang berkulit putih” yang terpisah daripada kita. Sebaliknya menimpa manusia yang disatukan oleh ikatan akidah yang sama. Yakni umat Islam, umat Muhammad (saw), umat yang digelar sebagai umat terbaik. Maka tuan-tuan sidang jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri kita. Jika Ramadan kali ini telah memberikan kebaikan kepada kita sebagai seorang individu Muslim, adakah Ramadan kali ini telah menaikkan darjat dan kemuliaan kita sebagai kaum Muslimin, negara umat Islam, dan para pemeluknya di serata dunia?

Ingatlah, kita sebenarnya tidak benar-benar merasai diri bersatu sebagai umat yang satu sebagaimana umat Islam terdahulu. Dahulu, umat islam itu mempunyai dua perisai ampuh menahan serangan dari pelbagai penjuru. Kini, kita telah kehilangan salah satu daripadanya dan hanya mempunyai satu perisai. Rasulullah (saw) bersabda:

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِم.

“Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau menyerangnya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa.”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah perisai yang masih wujud bagi kita, namun malangnya kita telah kehilangan sebuah lagi perisai yang juga diungkapkan oleh Baginda (saw):

إنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ، فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَعَدَلَ كَانَ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرٌ، وَإِنْ يَأْمُرْ بِغَيْرِهِ كَانَ عَلَيْهِ مِنْهُ

“Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu (laksana) perisai, di mana (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya. Jika seorang imam (Khalifah) memerintahkan supaya takwa kepada Allah ’azza wajalla dan berlaku adil, maka dia (khalifah) mendapatkan pahala kerananya, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka ia akan mendapatkan seksa.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasa’i, Abu Dawud dan Ahmad)

Inilah perisai ampuh dalam bentuk kekuatan yang boleh melindungi umat ini daripada penindasan serta kekejaman Yahudi Zionis, kuffar Barat, ekstremis Hindu di India mahupun rejim Komunis di China. Inilah benteng di antara dua benteng, menahan hawa nafsu dan amarah, serta menahan daripada kehinaan, juga daripada kekufuran.

Akhirul kalam, sama-samalah kita berusaha sebaik mungkin pada penghujung Ramadan ini bagi merebut ganjaran-Nya. Berusaha untuk diri sendiri, melakukan dakwah dan amar makruf nahi mungkar untuk masyarakat dan negara. Kita juga berdoa semoga dapat bersatu dengan kekuasaan Islam, mewujudkan kembali perisai kekuasaan, agar Islam dapat dimuliakan setinggi-tingginya, umat Islam terbela, dan rahmat Allah mencurah ke seluruh alam.

بَارَكَ اللَّهُ لِي وَلَكُمْ فِى اْلقُرْآنِ اْلعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَافِيْهِ مِنَ الْآيَةِ وَذِكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ وَإِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، وَأَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا فَأسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Khutbah kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ عَلىَ اِحْسَانِهِ وَالشُّكْرُ لَهُ عَلىَ تَوْفِيْقِهِ وَاِمْتِنَانِهِ.

وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الدَّاعِى اِلىَ اللّٰهِ وَ رِضْوَانِهِ.

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وِعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كِثيْرًا

امَّا بَعْدُ فَياَ اَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوااللَّهَ فِيْمَا اَمَرَ وَانْتَهُوْا عَمَّا نَهَى .

وَاعْلَمُوْا اَنَّ اللَّهَ اَمَرَكُمْ بِاَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ بِنَفْسِهِ وَثَـنَى بِمَلآ ئِكَتِهِ بِقُدْسِهِ وَقَالَ تَعاَلَى اِنَّ اللهَ وَمَلآ ئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِى يآ اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا.

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ وَعَلَى آلِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَنْبِيآئِكَ وَرُسُلِكَ وَمَلآئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ وَارْضَ اللّهُمَّ عَنِ اْلخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اَبِى بَكْرٍ وَ عُمَر وَ عُثْمَان وَعَلِى وَعَنْ بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِي التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَارْضَ عَنَّا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَاْلمُؤْمِنَاتِ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَاْلمُسْلِمَاتِ اَلاَحْيآءُ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ.

اللهُمَّ اَعِزَّ اْلاِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَاْلمُشْرِكِيْنَ وَانْصُرْ عِبَادَكَ اْلمُوَحِّدِيْنَ وَانْصُرْ مَنْ نَصَرَ الدِّيْنَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ اْلمُسْلِمِيْنَ وَ دَمِّرْ اَعْدَاءَالدِّيْنِ وَاعْلِ كَلِمَاتِكَ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَنْفُسَنَاوَاِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا آتِناَ فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَاللهِ ! اِنَّ اللهَ يَأْمُرُنَا بِاْلعَدْلِ وَاْلاِحْسَانِ وَإِيْتآءِ ذِى اْلقُرْبىَ وَيَنْهَى عَنِ اْلفَحْشآءِ وَاْلمُنْكَرِ وَاْلبَغْي يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ وَاذْكُرُوااللَّهَ اْلعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَلَذِكْرُ اللَّهِ اَكْبَرْ. وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.

 

Download PDF