Kibaran Al-Liwa’ Dan Ar-Rayah Menggegarkan Hari Mengundi PRU-13 Di Bangi dan Kajang

SELANGOR, Ahad, 5 Mei 2013: Hari mengundi pada Pilihanraya Umum kali ini ada kelainan. Para pengundi yang sedang berbaris panjang telah menyaksikan kibaran bendera putih al-Liwa’ dan panji hitam ar-Rayah Rasulullah SAW oleh syabab Hizbut Tahrir Malaysia, iaitu Konvoi Al-Liwa’ & Ar-Rayah sempena PRU-13”. Konvoi tersebut diadakan bukanlah untuk sama-sama “menyambut” pengundian yang diadakan setiap 5 tahun sekali itu, tetapi perarakan kenderaan sambil membawa bendera dan panji Islam ini dianjurkan untuk mengingatkan umat tentang bendera sebenar umat Islam yang sepatutnya dikibarkan. Di bawah bendera ini umat perlu bersatu, iaitu di dalam Daulah Khilafah yang berada di atas manhaj kenabian.

Di saat umat di Malaysia sedang tenggelam dalam pengundian memilih pemimpin dalam PRU ke-13, mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sedang membawa bendera dan panji yang memanifestasikan ideologi-ideologi yang memecah-belahkan mereka. Mereka sedang leka mengibarkan bendera-bendera yang dimanifetasikan oleh ideologi kufur Demokrasi serta bendera assabiyah negara bangsa. Sejak kejatuhan Khilafah, bendera dan panji Islam ini bukan sahaja tidak lagi dikibarkan, malah ia langsung tidak dikenali lagi oleh kebanyakan generasi baru Muslim pada hari ini.

Satu Konvoi melawat kawasan sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang melalui bandar dan pusat pengundian. Dapat diperhatikan bahawa ummat sebenarnya masih ramai yang tidak mengenali bendera sebenar umat islam. Alhamdulillah, konvoi yang dirancang telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat baik tidak dinafikan juga ada segelintir yang tidak senang. Ada umat yang datang dan berkenalan serta bertanyakan tentang tujuan konvoi. Ada yang sempat bertanya tentang konvoi ini dari pihak mana ketika melalui pos-pos parti bertanding, ada juga yang membunyaikan bertakbir setelah melihat ada kumpulan yang mengibarkan bendera yang tertera kalimah syahadah ketika umat Islam yang lain sedang sibuk mengibarkan bendera yang tidak membawa apa-apa makna melainkan perpecahan dan sekularisme. Malah ada yang sangat terharu melihat kibaran bendera dan panji Rasulullah ini serta bertakbir ketika berselisih dengan konvoi kami.

[youtube:https://www.youtube.com/watch?v=LhHEZRzoJf0]