Kibaran Al-Liwa’ Dan Ar-Rayah Menggegarkan Hari Mengundi PRU-13 Di Pulau Pinang

PULAU PINANG, Ahad 5 mei 2013, Konvoi Al-Liwa’ & Ar-Rayah, Sempena PRU ke 13, Hizbut Tahrir kawasan Pulau Pinang telah mengibarkan Al-Liwa’ dan Ar-Rayah bermula di Bandar Baru Perda, Seberang Prai. Konvoi melalui bandar Bukit mertajam, Jalan Kulim, Jalan Alma, Juru Autocity. Perarakan berkereta telah menyeberang ke Pulau Mutiara melalui jambatan Pulau Pinang dan melalui Jalan Bayan Lepas, Jalan Tun Dr Awang, Bandar Bayan  Baru, Batu Uban, Gelugor, Jalan Tun Dr Lim Chong Eu Expressway dan berhenti di Padang Kota Lama pada jam 11 pagi. Kumpulan berkerata ini diteruskan dengan menaiki feri Pulau Pinang untuk kembali ke Seberang Prai dan menyusuri Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth menuju ke Jalan Permatang Pauh, Jalan Permatang Nibong, Jalan Tanah Liat Kubang Semang, singgah di Bandar Bukit Mertajam dan berakhir di Bandar Baru Perda pada Jam 3.00 petang. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana perjalanan agak lancar seperti dirancang.