Kunjungan Ukhwah HTM Ke Rumah Terbuka PAS
Antara pemimpin PAS yang sempat ditemui oleh barisan pimpinan HTM ialah Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Di dalam pertemuan ringkas di antara dua orang presiden parti politik Islam di Malaysia itu, Abdul Hakim telah menghadiahkan Abdul Hadi dua buah buku keluaran Hizbut Tahrir iaitu ‘Ad-Daulah Al-Islamiyyah’ (Negara Islam) dan juga ‘Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah’ (Struktur Negara Khilafah dari segi Pemerintahan dan Administrasi).
Semoga ukhwah yang terjalin di antara Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik Islam antarabangsa dengan PAS sebagai parti politik Islam yang terbesar di Malaysia ketika ini akan menguatkan lagi perjuangan sesama gerakan Islam di dalam menentang kekufuran dan sekularisme dan seterusnya mempercepatkan lagi usaha-usaha untuk menegakkan Daulah Khilafah yang kita rindui selama ini.