Kunjungan Ukhwah HTM Ke Rumah Terbuka PAS

pas-htKUALA LUMPUR 3 Okt –  Hizbut Tahrir Malaysia(HTM) telah memenuhi jemputan rasmi Parti Islam SeMalaysia(PAS) ke Hari Terbuka PAS sempena Eidul Fitri 1431H yang diadakan di Padang Pusat Khidmat Masyarakat, Batu Caves, Selangor.
Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman yang ditemani oleh Timbalan Presiden, Ustaz Umar Hussein bersama empat AJK HTM yang lain telah meluangkan masa lebih kurang setengah jam menikmati juadah serta menjalin ukhwah dengan beberapa pemimpin PAS yang hadir.

Antara pemimpin PAS yang sempat ditemui oleh barisan pimpinan HTM ialah Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Di dalam pertemuan ringkas di antara dua orang presiden parti politik Islam di Malaysia itu, Abdul Hakim telah menghadiahkan Abdul Hadi dua buah buku keluaran Hizbut Tahrir iaitu ‘Ad-Daulah Al-Islamiyyah’ (Negara Islam) dan juga ‘Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah’ (Struktur Negara Khilafah dari segi Pemerintahan dan Administrasi).

Sebelum berangkat pulang, Presiden HTM juga sempat beramah mesra dengan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS),  Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat), Dr. Siti Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kota Raja) dan bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang). Ucapan penghargaan dan terima kasih diluahkan oleh barisan kepimpinan PAS di atas kehadiran pimpinan HTM yang tidak mereka duga itu.

Semoga ukhwah yang terjalin di antara Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik Islam antarabangsa dengan PAS sebagai parti politik Islam yang terbesar di Malaysia ketika ini akan menguatkan lagi perjuangan sesama gerakan Islam di dalam menentang kekufuran dan sekularisme dan seterusnya mempercepatkan lagi usaha-usaha untuk menegakkan Daulah Khilafah yang kita rindui selama ini.

 
pas-ht-01

pas-ht-02

pas-ht-03

pas-ht-04