Lahad Datu Memperlihatkan Lagi Perjuangan Jahiliyah Dalam Demokrasi
Alangkah keji dan busuknya sistem yang lahir daripada akal manusia ini. Sistem ini memberikan kuasa mutlak kepada manusia untuk menentukan apakah hala tuju dan aturan kehidupan yang dikehendakinya. Maka tidak hairanlah, keadaan umat Islam yang hidup dalam sistem demokrasi terus dilanda dengan pelbagai penyakit zaman jahiliyah, termasuklah berjuang dan bermati-matian kerana asabiyah. Islam dan kebenaran tidak lagi menjadi tolok ukur dalam perjuangan mereka tetapi sepenuhnya kerana kepentingan puak masing-masing.
“Barangsiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘assabiyah atau marah kerana ‘asabiyah, maka kematiannya adalah jahiliyah”. [HR Muslim].
Islam bukan lagi dijadikan halatuju perjuangan mereka, tetapi yang menjadi matlamat adalah manfaat. Senjatanya adalah memanipulasi sebarang perkara yang ada tanpa mengira apakah kesannya kepada rakyat, asalkan tujuan dunia mereka tercapai. Umat Islam yang mempunyai kesedaran dan yang menginginkan kehidupan Islami sepatutnya sedar bahawa kehidupan Islam dan sistem Islam sekali-kali tidak akan tertegak melalui demokrasi. Ia hanya boleh wujud dalam sistem yang dinamakan Khilafah. Oleh itu, apa yang sedang berlaku ini sepatutnya telah membuka mata umat Islam tentang betapa buruknya aturan kehidupan manusia di bawah sistem demorasi.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MenuduhperistiwadiLahadDatusandiwarakerajaanperbuatancukupkeji_Najib/Article/
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17203-siapa-yang-main-poltik-dengan-isu-keselamatan
http://www.keadilandaily.com/tragedi-lahad-datu-najib-mengaku-gagal-jaga-keamanan-negara/