Majlis Iftar Syabab Hizbut Tahrir Malaysia bersama penduduk Subang Suria
Sementara menunggu waktu isyak, para syabab HTM dan penduduk setempat mengambil peluang beramah-mesra sambil membincangkan isu-isu global umat Islam. Salah seorang imam surau yang berasal daripada Comoros turut sama di dalam majlis ramah-mesra itu dan menyatakan persetujuannya di dalam perjuangan menegakkan Khilafah. Solat tarawih dan witir kemudiannya diimamkan oleh imam daripada Comoros itu. Sesudah itu, Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mustafa selaku Naqib HTM Cawangan Kuala Lumpur. Di dalam tazkirah tersebut Ahmad Mustafa telah menjelaskan dengan panjang lebar berhubung nasib umat Islam pada saat ini yang sedang menjalani ibadah berpuasa. Katanya: “Lihat sahajalah di Iraq, Palestin, Afghanistan dan tempat-tempat lain, umat Islam dihina dan diseksa dengan pelbagai cara” ujar beliau lagi. “Keadaan dan nasib umat Islam saat ini tidak hanya sekadar untuk diratapi tetapi ianya perlu dijadikan sebagai suatu momentum kepada titik tolak perjuangan bagi mengembalikan semula Khilafah”. Momentum itu harus wujud bukan sahaja kalangan individu tetapi juga kalangan gerakan Islam mahupun para pemimpin umat Islam. Ini adalah kerana, Sistem Khilafah adalah satu-satunya institusi yang pernah dan yang akan mampu memayungi Islam dan umat Islam sebagaimana yang pernah tercatat di dalam sejarah kegemilangannya suatu masa dahulu, InsyaAllah”. Tambah beliau lagi.
Di dalam kesempatan itu juga Ahmad Mustafa mengajak para jemaah yang hadir untuk sama-sama bergerak dengan Hizbut Tahrir bagi mendirikan semula sistem Khilafah ini sebagai suatu manifestasi aqidah yang tertanam dalam diri masing-masing. Majlis berakhir kira-kira pukul 11:00PM di dalam suasana yang penuh ukhuwah. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa khilafah di dalam kehidupan yang penuh kesengsaraan dan penderitaan. Semoga Ramadhan 1432H yang akan datang umat Islam berkesempatan berpuasa di bawah lindungan Khilafah untuk kali keduanya, InsyaAllah.