Majlis Keselamatan dan EU Bersandiwara

EUGENEVA 21 Dis. – Sandiwara bertaraf dunia sekali lagi dimainkan. Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini mengetuai kecaman yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap pertambahan penempatan haram Israel di wilayah jajahannya di Palestin.

Britain, Perancis, Jerman dan Portugal turut mengecam peningkatan serangan oleh penghuni penempatan haram itu terhadap penduduk Palestin.

Negara-negara EU itu dalam satu kenyataan bersama selepas bermesyuarat berhubung konflik Asia Barat berkata, mereka ‘terkejut dengan peningkatan negatif’ yang mengancam proses damai yang sedang diusahakan.

Keempat-empat negara tersebut yang merupakan anggota Majlis Keselamatan itu menggesa tindakan tegas diambil oleh Israel untuk menghentikan serangan ke atas masjid dan penduduk Palestin oleh pelampau penghuni penempatan haram.

Menurut mereka, pengumuman Israel meneruskan pembinaan penempatan haram merupakan satu mesej ‘membinasakan’ dan menggesa rejim Zionis itu menarik balik rancangan mereka itu.

“Proses damai yang menjamin keamanan jangka panjang terancam dengan peningkatan penempatan haram.
“Kami turut mengutuk kekacauan yang semakin buruk ditimbulkan oleh penghuni penempatan tersebut termasuk pembakaran masjid di barat Baitulmaqdis dan dan masjid Burqa di Tebing Barat,” kata duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant.

UNBegitulah permainan politik Majlis Keselamatan PBB di dalam mengecam tindakan peluasan penempatan haram dan tindakan para pelampau Yahudi. Mereka akan terus mengecam sambil menyatakan tindakan tersebut ‘akan merencatkan proses damai’, antara Israel dan Palestin. Apa yang mereka inginkan sebenarnya adalah supaya Israel diiktiraf dunia, wujud secara kekal dan tidak diganggu-gugat. Mereka tidak akan menggunakan sebarang resolusi yang selalu mereka lakukan kerana mereka tahu bahawa Israel perlu wujud untuk terus diperalat bagi kepentingan dunia barat dan pada masa yang sama digunakan secara halus untuk menghancurkan umat Islam.

Apa lagi yang boleh diharapkan daripada Majlis Keselamatan PBB yang merupakan gabungan kuasa kolonialis dan para penjenayah besar yang sentiasa menyebelahi Israel. Bahkan Resolusi 242 dan 381 yang dikeluarkan secara tersirat mengesahkan kewujudan negara Zionis Israel la’natullah itu. Mereka akan tetap pada pendirian ‘penyelesaian dua negara’(two state solution) yang mana akan mengiktiraf sempadan 1967 yang sebenarnya juga merupakan ilusi bagi para penguasa umat Islam yang meletakkan ‘harapan agung’ sehingga melalaikan penyelesaian sebenar.

Zionis Israel mesti diusir dan dihapuskan daripada peta politik dunia. Tidak wujud apa yang dinamakan usaha diplomasi di antara penguasa umat Islam dan zionis. Tidak ada juga yang dinamakan penyelesaian dua negara dengan mengiktiraf Palestin yang merdeka dan kewujudan sebuah Negara Israel. Semuanya itu adalah penyelesaian palsu yang direka-reka bagi melalaikan umat Islam daripada penyelesaian sebenar iaitu melenyapkan kuasa Israel daripada muka bumi Allah ini.

Sumber:
Utusan Malaysia 22/12/2011
Sautun Nahdah edisi 81 : PBB, Organisasi Kufur Ciptaan Barat