Keselamatan Olimpik – propaganda China membantai Muslim

Rejim pemerintahan Cina nampaknya menggunakan kesempatan Sukan Olimpik Beijing untuk menghapuskan golongan ‘ektremis’ Islam. Sesuai dengan ideologi Komunis bahawa setiap penyimpangan dari ideologi harus ditangani dengan sikap kuku besi dan autoriti.

Dengan berbekalkan propaganda ‘keselamatan sukan Beijing’, Rejim China telah melakukan serangan ke atas pihak pemisah Islam Uighur dan dilaporkan mengorbankan 16 orang anggota polis, yang dikatakan serangan awal dimulakan oleh pemberontak. Namun tindakan Rejim China ini nampaknya direstui oleh Rejim AS, apabila mereka sama-sama bercakap tentang ‘keselamatan’ untuk sukan Olimpik, dari puak pemisah Islam ini.
 
Utusan Malaysia yang memetik sumber dari AFP melaoprkan, Jurucakap Ahli Jawatankuasa Olimpik Beijing, Sun Weide berkata, China telah mengambil kira pelbagai perkara bagi memastikan kawalan keselamatan berada pada tahap tertinggi. “Kami sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kami sangat yakin pihak berkuasa China telah melakukan sebaik mungkin demi keselamatan sukan ini,” kata Weide. Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kaitan serangan yang menyebabkan 16 anggota polis terbunuh semalam dengan mana-mana kumpulan. “Polis masih menyiasat dan kami tiada maklumat lanjut mengenainya,” kata beliau. Sementara itu, timbalan ketua delegasi Olimpik Australia, Peter Montgomery berkata, pihaknya tidak bimbang dengan soal keselamatan atlet negara tersebut sepanjang temasya Sukan Olimpik Beijing. “Kami memberitahu semua atlet kami bahawa serangan itu berlaku 4,000 kilometer dari Beijing dan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan,” katanya. [Sumber: Utusan Malaysia]
 
Namun sebelum itu pemimpin tentera China menerangkan bahawa ancaman pengganas Olimpik adalah dari puak pemisah Uighur, dan “Col Tian Yixiang dari Olympics security command centre memberitahu wartawan bahawa ancaman utama datangnya dari organisasi pengganas Turkestan Timur”. Inilah taktik jahat yang dilakukan oleh Rejim China untuk menunjukkan bahawa tindakan mereka membantai kaum Muslimin adalah sah walaupun jarak mereka 4000km dari tempat Olimpik dijangka berlangsung. Nampaknya, dalam perang mereka melawan Islam, kedua-dua Rejim China dan AS bersatu hati.
 
Washington-based IntelCenter, yang memantau komunikasi terrorism berkata, Parti Islam Turkestan telah mengeluarkan satu video yang bertajuk, Jihad kami yang diredhai di Yunnan (Our Blessed Jihad in Yunnan), di mana di dalamnya, Commander Seyfullah, selaku ketua kumpulan dikatakan mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan dan ancaman terhadap Olimpik. “China telah tidak mengendahkan amaran kita” IntelCenter memetik Seyfullah sebagai berkata, “Sukarelawan Parti Islam Turkestan… telah memulakan tindakan penting.” [Sumber: BBC]
 
Inilah propaganda yang dilakukan oleh dua Negara Besar ini dalam ‘mensahkan’ tindakan mereka untuk membunuh umat Islam. “Keselamatan Olimpik” perlu dibayar dengan membunuh umat Islam – inilah kejahatan dua kuasa kuffar ini. Dengan alasan ini Rejim China (dan juga AS) akan dapat berlepas diri dari kutukan antarabangsa apabila mereka membantai umat Islam habis-habisan. Alangkah celakanya mereka. Semoga Allah melindungi umat Islam dan membinasakan China dan juga AS. Kita sekarang benar-benar memerlukan Khilafah, yang akan menyelamatkan umat Islam dari kekejaman kuffar ini.