Olimpik Rosakkan Bulan Ramadhan

LONDON, Dengan kata-kata “Selamat Petang, Mr. Bond”, Ratu Elizabeth buat pertama kali mempamer bakat lakonannya di sisi Daniel Craig dan sekali gus membuka tirai upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

Sukan Olimpik kali ini dilangsungkan di dalam bulan Ramadhan, bulan di mana umat Islam tidak pernah mengalami kekalahan di tangan kaum kuffar di dalam mana-mana peperangan. Olimpik telah menukar bulan yang penuh dengan ruh jihad ke jalan Allah ini kepada bulan bersukan untuk sia-sia. Keramaian dan pesta yang diadakan bersempena Sukan Olimpik  dipenuhi dengan acara-acara yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan secara bebas dan aktiviti maksiat dengan jelas dan terang-terangan tidak menghormati Bulan Ramadhan yang sedang disambut oleh lebih 1 billion umat Islam seluruh dunia.

Kita melihat bahawa perhatian umat Islam di seluruh dunia telah diubah untuk mengikuti acara-acara sukan yang dipertandingankan dan berbangga-bangga apabila atlet mereka memenangi sesuatu acara.

Walhal, pada masa yang sama mereka hampir terlupa akan nasib umat Islam di Myanmar dan Syria. Nyawa mereka begitu murah sehingga mereka dibunuh dengan sesuka hati oleh rejim masing-masing. Rejim Mynmar dan Alawiyah di Syria telah membunuh umat Islam yang tidak bersenjata dengan sesuka hati mereka. Umat Islam pada ketika ini langsung tidak ada pelindung dan pembela. Apakah dengan menghantar atlet ke Olimpik dan memenangi pingat itu dapat membela nasib umat Islam di Mynmar dan di Syria?

Huseyn Ozkan dan Ramazan Shahin adalah atlet yang berasal dari Chechnya tetapi mewakili negara Turki dan memenangi acara mereka di dalam sukan Judo dan Gusti langsung tidak akan mengubah keadaan umat Islam di Chechnya yang mengalami penindasan oleh Russia.

Hadis Rasulullah (SAW) meningatkan kita bahawa,

“Setitik darah seorang Muslim adalah lebih bernilai dari seluruh Kaabah dan sekelilingnya”[HR Bukhari dan Muslim].

Dan sudah tentu Allah tidak akan sekali-kali meredhai negara umat Islam yang menghantarkan atlet mereka untuk bertanding di sukan Olimpik tetapi pada masa yang sama memberi seribu alasan untuk tidak menghantar pasukan tentera mereka ke Syria dan Myanmar untuk membela nyawa umat Islam di sana.

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)..” [TMQ An Nisaa’ (4) :75]

Dan sesungguhnya hanya Khalifah umat Islam yang mampu membela nyawa umat Islam yang tertindas dan bukannya negara umat Islam Liberal dan Demokratik yang mematuhi undang-undang yang dilaksanakan oleh kaum kuffar. Iaitu, undang-undang antarabangsa, undang-undang PPB yang menghalang hukum jihad daripada dilaksanakan oleh umat Islam untuk membela nyawa umat Islam lain yang tertindas. Malah negara umat Islam sanggup berbangga dengan label Liberal dan Demokrasi yang dibius oleh Barat yang mereka ada sekarang semata-mata mahu memenangi sokongan dan dokongan Barat tanpa menyedari bahawa hal itu pasti akan mengundang kemurkaan Allah (SWT) kerana membelakangi Ahkam Shariah yang memerintahkan umat Islam berjihad membela nyawa umat Islam yang tertindas.

Wa Allahu A’lam

Rujukan: Utusan Malaysia 29/7/2012