Malaysia, Brunei perbaharui iltizam
“Minat yang dinyatakan Brunei terhadap koridor pembangunan di Malaysia turut mendapat perhatian kedua-dua pemimpin dan Malaysia memuji cadangan Brunei mewujudkan Jawatankuasa Bersama ke arah menyediakan persekitaran lebih kondusif,” katanya. Kedua-dua pihak juga akan meningkatkan kerjasama sektor pengangkutan bagi memperkemaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan serta pelancongan, termasuk Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Malaysia dan Brunei juga membincangkan pelbagai isu wilayah dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama, termasuk persetujuan menangani krisis ekonomi global dan wabak pandemik, termasuk H1N1. “Kedua-dua negara berpuas hati dengan hasil rundingan kali ini dan yakin mekanisme berkenaan akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama bilateral. “Mereka juga menyanjung tinggi keakraban usaha Malaysia dan Brunei dalam mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran serantau serta antarabangsa. “Kedua-dua pemimpin turut mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam kedua-dua negara menjelang Ramadan kali ini,” kata kenyataan itu.
Sumber : Berita Harian: 06/08/09
Perbaharui Iltizam Ashobiyyah?
Ashobiyyah masih tegar membelenggu pemikiran dunia umat Islam termasuklah para pemimpinnya. Apa yang jelas, umat Islam itu Tuhannya satu. Nabinya satu. Kitabnya satu. Kiblatnya satu.Namun malangnya Najib berslogan dengan 1Malaysia bukannya 1Khilafah. Mengapa 1Khilafah? Kerana ia merupakan sistem pemerintahanyang diwajibkan oleh Allah bagi seluruh dunia Islam termasuklah Malaysia dan juga Brunei.
Beginilah kejayaan dan keberhasilan musuh-musuh Islam yang telah menjajah dunia umat Islam sejak dahulu sehinggakan perasaan ashobiyyah yang hina ini tidak dilihat dan dirasakan sebagai suatu keharaman. Malah umat Islam, termasuklah para pemimpinnya kini tidak merasa berdosa melakukan keharaman berpegang kepada fahaman ashobiyyah ini sedangkan Islam telahpun diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya. Islam datang menghapuskan ikatan-ikatan yang bersifat “haiwani” (seperti ashobiyyah) dan menggantikannya dengan ikatan mabda Islam. Wahai para pemimpin umat Islam! Sampai bilakah kamu akan terus bergelumang dengan keharaman ashobiyyah ini? Mengapakah kamu terus kekal dengan fahaman ashobiyyah ini? Janganlah kamu terus berani menyanggah al- Quran dan as- Sunnah! Kembalilah kepada Islam dengan sebenar-benarnya sebelum Allah menjemput kamu bertemuNya!!