Malaysia Mahu Bangunkan Semula Gaza
Setahun selepas perang di Gaza, hampir keseluruhan bangunan kediaman dan infrastruktur awam di Gaza telah dimusnahkan oleh entiti haram Yahudi. Ini termasuklah fasiliti awam seperti hospital, sekolah, pusat-pusat kerajaan malahan rumah ibadah seperti masjid dan gereja telah dimusnahkan oleh entiti haram Yahudi ini. Kerosakan ini menuntut usaha pada skala besar untuk membangunkan semula Gaza, dan Malaysia bersedia untuk memikul tanggungjawab ini.
Sebagai umat Islam, adalah kewajiban kita untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza. Namun, persoalan yang timbul: Apakah jaminan bahawa bangunan dan infrastruktur yang akan dibangunkan tidak akan dibom dan dimusnahkan lagi oleh entiti haram Yahudi? Bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku, malahan tidak dapat di perhitungkan lagi. Masalah sedemikian bukan sekadar isu pembangunan semula, tetapi melibatkan keselamatan dan kestabilan jangka panjang di wilayah tersebut.
Pemimpin Malaysia perlu menyedari bahawa masalah di Gaza sebenarnya berpunca daripada pendudukan entiti haram Yahudi. Selagi mereka bebas mengebom di sana sini, bangunan dan infrastruktur yang didirikan oleh umat Islam di Palestin tidak akan selamat daripada ancaman bom tersebut. Ini menunjukkan bahawa usaha membangunkan semula Gaza bukan sahaja memerlukan bantuan fizikal, tetapi juga memerlukan penyelesaian politik yang kukuh daripada seluruh pemimpin umat Islam.
Untuk memastikan kejayaan pembangunan semula Gaza, pemimpin Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk menggerakkan dunia Islam bagi menyingkirkan entiti haram Yahudi ini dari tanah Palestin. Dengan menyingkirkan pendudukan ini, barulah semua bangunan dan infrastruktur di Gaza akan selamat daripada di bom dan kemusnahan. Inilah langkah paling utama yang perlu diambil bagi memastikan usaha pembangunan semula dapat dijalankan dengan jayanya selepas pemangsa ini diselesaikan terlebih dahulu.
Usaha sedemikian bukan sahaja akan memberi manfaat kepada rakyat Gaza, tetapi juga akan menunjukkan solidariti umat Islam di seluruh dunia dalam menghadapi ketidakadilan. Dengan perpaduan dan usaha yang bersepadu, Malaysia dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan semula Gaza dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan saudara seakidah kita ini akan terpelihara daripada kerakusan entiti haram Yahudi. Wallahu a’lam.