Malaysia Terus Mengundang Azab Allah SWT
Sebagai umat Islam, kita perlu menyedari bahawa keadaan ini adalah sesuatu yang pasti akan mengundang azab daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila zahir/nyata perbuatan zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan seksa daripada Allah.” [Hadis riwayat al-Hakim]. Jika kita melihat lebih jauh kepada permasalahan di atas, keadaan yang menjijikkan ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya memeranjatkan kerana inilah kesan daripada penerapan sistem kufur sekular demokrasi yang dilaksanakan oleh negara. Selagi mana sistem kufur ini diterapkan oleh negara maka selagi itulah masalah-masalah seperti ini akan terus muncul dan berleluasa. Sudah sampai saatnya masyarakat dan umat Islam di Malaysia mempunyai kesedaran politik yang terbit daripada akidah Islam dalam melihat dan menilai segala permasalahan yang ada di sekeliling dengan pandangan yang jernih. Betapa perlu dan terdesaknya bagi kita untuk menukar sistem pemerintahan kufur yang ada ini kepada sistem yang terbaik yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta sekelian alam, yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada seluruh manusia, bahkan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Apakah sistem yang terbaik itu jika bukan sistem Islam? Firman Allah SWT:
“Apakah hukum jahiliyyah yang mereka inginkan? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah dalam membuat hukum bagi orang-orang yang yakin?”
[TMQ Al-Maaidah (5): 50].
Sumber : mstar.com.my