Masjid Menjadi Sasaran Latihan Menembak
Taji Mustafa,wakil Hizbut Tahrir Britain berkata, “Terus terang, tentera Britain menggunakan replika masjid sebagai sasaran penembak dalam latihan mereka adalah sangat menjijikkan. Lebih menjijikan lagi kerosakkan yang jelas berlaku terhadap kehidupan manusia, masjid dan bangunan-bangunan yang lain sepertimana yang telah berlaku di Afghanistan dan Iraq sejak 2001. Kaum Muslimin berhak menunjukkan kemarahan mereka, tidak ada yang perlu dihairankan dalam perkara ini.”
“Bukti ini bukan sahaja mencerminkan 10 tahun pencerobohan berdarah, penjajahan dan tindakan kejam, tetapi juga mencerminkan matlamat masa depan Britain,” ujar Taji Mustafa.
Menurutnya, Britain membuktikan bahawa penjajahan mereka di dunia kaum Muslimin tidak diterima di dunia Islam sehingga mereka sendiri perlu melakukan banyak tindakan keganasan.
Perkara ini berlaku tanpa membezakan parti mana yang menang pada pilihan raya yang akan datang, kata Taji Mustafa.
“Kerana kedua-dua parti utama berkomitmen dalam pencerobohan di Afghanistan dan kedua-duanya menyokong perang di Iraq,” tegasnya.
“Ahli politik menghabiskan banyak waktu dalam bercakap tentang rancangan ‘mencegah’ kemarahan umat Islam, sementara mereka aktif dalam mendorong rancangan ‘membuat’ perang di dunia Islam.”
Ini membuktikan bahawa Islam, umatnya dan tempat-tempat ibadah menjadi sasaran tentera Britain dalam terus melaungkan penjajahan di negeri-negeri kaum Muslimin.
“Kaum Muslimin sepatutnya semakin faham bahawa operasi seperti itu akan tetap berterusan sehinggalah wujudnya pemerintahanan yang tulus di dunia Islam dalam bentuk Khilafah Islamiyyah, yang akan mengerahkan tentera kaum Muslimin untuk melawan dan menghalau setiap pasukan penjajah dan membela umat, masjid dan rumah-rumah mereka.” tegasnya lagi.