Mengikut Telunjuk Amerika, Rejim Diktator Bangladesh Mula Menangkap Para Pejuang Khilafah

altCabaran dakwah seperti penganiayaan, propaganda negatif dan pemboikotan telah menimpa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam dan para sahabatnya. Ujian ke atas dakwah juga mula dirasai oleh para pengembang dakwah di Bangladesh. Penangkapan terhadap aktivis dakwah mulai terjadi  selepas beberapa hari rejim diktator Bangladesh mengharamkan kelompok Islam  Hizbut Tahrir kerana keberaniannya menentang campur tangan asing di negera tersebut.
 
Baru-baru ini dilaporkan bahawa ketua koordinator yang juga juru cakap parti ini, Mohiuddin Ahmad telah ditangkap. Beliau merupakan seorang pensyarah di Institut Pengurusan Perniagaan, Dhaka. Mohiuddin ketika ini berada di bawah pengawasan ketat pasukan rejim diktator Bangladesh. Polis mengepung kediamannya di Jalan Hijau di Dhaka.

Sementara itu, polis rejim sekular Bangladesh pada hari Ahad lalu telah menyita peralatan dan bahan-bahan pejabat pusat Hizbut Tahrir di Dhaka.

Timbalan Pesuruhjaya, Mahid Uddin mengatakan kepada wartawan bahawa, “Dokumen-dokumen yang disita dari pejabat menunjukkan bahawa mereka sangat terancang”

“Kami juga menyita beberapa buku tentang undang-undang dari pejabat. Ini menunjukkan mereka sedang mengkaji sesuatu.”

Pemerintah Bangladesh mengharamkan Hizbut Tahrir daripada beroperasi di negara tersebut Khamis lalu dan menuduh kelompok tersebut mengancam keselamatan negara. Namun tuduhan ini dibantah oleh pimpinan Hizbut Tahrir tempatan dengan mengatakan bahawa larangan ke atas Hizbut Tahrir kerana keaktifannya telah mengungkap persekongkolan pemerintah dengan barat.

Setelah pengumuman pengharaman itu dibuat, pihak polis menghentikan sidang akhbar yang dilakukan oleh pimpinan Hizbut Tahrir pada hari berikutnya. Polis melakukan pengeledehan ke pejabat pusat Hizbut Tahrir di Purana Paltan mulai pagi sehingga ke petang pada hari Ahad lalu.

“Bahan-bahan yang dirampas dari pejabat pusat Hizbut Tahrir itu telah diarahkan untuk disita dengan izin mahkamah,” kata pegawai polis Palta, Mujibr Rahman.

Sebuah komputer, buku, poster, fail, almari & kamera video disita dalam pengeledahan tersebut, tetapi cakera keras (hard disc) dalam komputer tidak ditemui, kata polis.

“Organisasi ini telah diharamkan di beberapa buah negara termasuk Turki, kerana penglibatan mereka dengan kegiatan pengganas,” tuduhan jabatan polis negara tersebut, Sobhan Sikder Abdus setelah mengeluarkan larangan pada hari Khamis.
 
Tuduhan tersebut tidak berasas dan terlalu dangkal. Sesiapa pun tahu bahawa gerakan ini tidak pernah menggunakan kekerasan dalam perjuangannya untuk menerapkan Islam sebagai penyelesaian ke atas persoalan yang menimpa dunia hari ini.

“Kami juga telah memantau kegiatan mereka untuk waktu yang lama. Kegiatan organisasi ini mengancam keselamatan negara,” kata Sikder.

Hizbut Tahrir adalah organisasi militan kelima yang diharamkan di Bangladesh menurutnya.

Mohiuddin Ahmed, koordinator merangkap jurucakap Hizbut Tahrir  menegaskan selepas pengharaman tersebut, “Pemerintah telah mengharamkan kami kerana kami memiliki bukti bahawa pemerintah sendiri campur tangan dalam pemberontakan 25-26 Februari yang lalu,” [baca: alasan menangkap pemberontak tetapi sebenarnya menangkap syabab HT]

Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik berideologi Islam yang didirikan oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani di Al-Quds Palestin pada tahun 1953. Parti yang aktif di lebih daripada 40 negara ini adalah bertujuan untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Khilafah Rasyidah.

Dalam perjuangannya, gerakan ini tidak pernah menggunakan kekerasan tetapi selalu mengetengahkan seruan bersifat intelektual. Namun beberapa penguasa zalim yang tidak mahu menyahut seruan serta debat intelektual bersama Hizbut Tahrir sebaliknya telah  melakukan tindakan yang tidak intelektual untuk menghentikan seruan kelompok tersebut.
Semoga Allah Swt menguatkan iman para pemuda pengembang dakwah di negera tersebut dan semoga Khilafah Rasyidah akan segera tertegak. Pada saat itulah Khilafah akan mengadili para penguasa yang  zalim di atas tindakannya yang telah menyebabkan rakyatnya sengsara. Insya Allah,  tidak lama lagi. [f/z/m/bdnews/syabab.com]