Mesej Hizbut Tahrir Palestin Kepada Delegasi Mesir

Aktivis Hizbut Tahrir Menyampaikan Mesej Kepada Para Delegasi Yang Tiba di Gaza : “Kemenangan kita adalah dengan menggerakkan bala tentera dan bukan dengan delegasi yang membawa ucapan-ucapan takziah”

Pada hari Isnin, 5 Muharam 1434H bersamaan 19 November 2012, telah berlaku perjumpaan di antara ahli-ahli politik dari Mesir dan Palestin di Hospital ash-Shifa, Gaza. Ahli-ahli politik ini datang untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap kaum Muslimin di Tebing Gaza yang  telah dibunuh siang dan malam, temasuklah pembunuhan seluruh dua buah ahli keluarga iaitu keluarga ad-Dilo dan Azzam.

Termasuk yang hadir dalam delegasi ini adalah jurucakap revolusi Mesir yang juga Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Mesir yang baru iaitu Saad al-Katatni dan juga wakil daripada Mahmud Abbas, Pihak Berkuasa Palestin (PLO) iaitu Nabeel Sha’th.

Aktivis-aktivis Hizbut Tahrir berkumpul di luar hospital dengan membawa sepanduk “Gaza memerlukan tentera dan bukannya ucapan takziah!” dan “Kemenangan untuk Palestin adalah dengan menggerakkan bala tentera”.

Semasa sidang media, aktivis Hizbut Tahrir telah bercakap kepada delegasi dengan menggesa mereka untuk menggerakkan tentera-tentera mereka supaya mereka dapat meraih kemuliaan sepertimana yang telah dilakukan oleh Al-Izz Ibn Abdus Salaam dan Sultan Saifuddin Qutuz. Salah seorang wartawan telah memuji para aktivis Hizbut Tahrir di atas kefasihan serta kelantangan mereka dalam menyampaikan mesej.

Sebelum itu, Hizbut Tahrir telah menyebarkan risalah-risalah  (nasyrah) yang bertajuk “Membantu Gaza bukanlah dengan menyeru kepada keamanan atau melalui delegasi untuk mengucapkan takziah kepada para syuhada’, tetapi hanya melalui serangan ke atas entiti Yahudi di waktu pagi dan petang”. Risalah tersebut juga menyatakan bahawa Gaza hanya akan berjaya apabila tentera-tentera kaum Muslimin bergerak dari Sinai dan Sungai Jordan, dari selatan Sungai Litany dan dari Bukit Golan, menyerang entiti Yahudi dengan penuh kebengisan. Tentera-tentera ini datang dengan semangat Abu Bakar ra yang akan menjadikan musuh-musuh mereka lupa akan bisikan syaitan.

Wahai Kaum Muslimin! Begitulah caranya bagaimana Palestin berjaya dengan di tangan-tangan para tentera Salahuddin al-Ayyubi, di tangan-tangan para tentera al-Zahir Baybars, dan ia akan kembali berjaya di tangan-tangan para tentera kaum Muslimin yang selama ini ingin berperang dengan entiti Yahudi ini. Inilah satu-satunya cara darah suci umat di Gaza kembali mulia. Tiada sesiapa yang waras akalnya akan menyatakan selain daripada cara ini melainkan mereka yang buta, dan mereka adalah orang yang buta di dunia dan buta di hari akhirat.

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”
[TMQ Al-Isra’a, 17:72]