MHTM Menyeru Kepada Visi Hidup Mulia Dan Sejahtera Dalam Naungan Syariah Dan Khilafah

Kuala Lumpur , Sabtu 21hb Mac
Muslimah HTM Cawangan Kuala Lumpur meneruskan siri Kempen Global  Wanita dan Syariah : Memisahkan Fakta dengan Fiksyen bertempat di perkarangan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Acara bermula dengan edaran bahan-bahan bacaan percuma tentang Islam Kaffah, Pakaian Syari’e Muslimah, risalah Kempen Global dan Persidangan Wanita Antarabangsa dan Sautun Nahdhah.

Pameran tentang Hijab Syari’e, Islam Kaffah dengan Khilafah serta Realiti Kehidupan Para Wanita dan Anak-Anak di Malaysia dan seluruh dunia Islam turut diadakan bagi menjelaskan kepada masyarakat dengan lebih lanjut  tentang fakta kesengsaraan umat Islam apabila sistem  kehidupan yang sebenar iaitu Islam tidak diterapkan secara menyeluruh sepertimana yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Masyarakat juga diterangkan tentang bahaya ancaman fahaman liberalisme yg diserukan oleh pihak-pihak yang mendokong ajaran sekular.

Seusai azan Asar, satu seruan  penuh bersemangat yang diketuai oleh Ustazah Norafidah Abdul Rahman telah dilaungkan di hadapan Masjid India untuk mengajak para Muslimin dan Muslimat yang berada di situ untuk sama-sama memperjuangkan kembalinya sistem pemerintahan Islam yang bersifat menyeluruh iaitu sistem pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang dengannya wanita dan anak-anak akan hidup mulia dan sejahtera.

Sambutan yang diberikan oleh warga Ibukota Kuala Lumpur sangat baik dan secara umumnya semua yg singgah ke pameran bersetuju perlunya mengembalikan penerapan Islam yang Syumul dalam kehidupan sebagai satu-satunya penyelesaian tuntas kepada semua permasalahan dan  kesengsaraan umat Islam khususnya para wanita dan anak-anak.

MHTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang memeriahkan acara pada kali ini.

Wallahualam

 

 {gallery}/muslimah/AKSI-MUSLIMAH/GGU-mhtm-mac2015{/gallery}