Mubarak Menghantar Para Penembak Tepat ke Arah Jutaan Penunjuk perasaan

altLaporan mengatakan bahawa polis berpakaian preman dan penembak tepat telah melakukan tindakan kekerasan terhadap jutaan penunjuk perasaan anti pemerintah di Mesir. Kejadian tersebut berlaku ketika rakyat anti pemerintah berkumpul di Dataran Tahrir untuk memaksa diktator Mubarak supaya berundur yang berlanjutan sehingga ke hari yang kesebelas.

Ada juga laporan yang mengatakan bahawa terdapat pergaduhan jalanan yang tercetus antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di beberapa daerah di Mesir. Lebih kurang 30 penunjuk perasaan telah ditangkap. Dua wartawan Perancis telah hilang di Mesir dalam masa 24 jam terakhir dan seorang wartawan Mesir telah dibunuh. Jutaan penunjuk perasaan warga Mesir bersumpah untuk terus berada di Dataran Tahrir sehinggalah Mubarak melepaskan kekuasaannya. Demonstrasi pada hari Jumaat lalu disebut sebagai Hari Untuk Melepaskan, bertujuan untuk memaksa Mubarak untuk melepaskan jawatannya. Demonstrasi tersebut berlangsung  secara aman dibandingkan dua hari baru-baru ini.

Tuntutan agar Mubarak melepaskan jawatannya tercetus daripada revolusi di Tunisia yang menumbangkan rejim Ben Ali, diktator yang terkenal bersahabat  dengan Amerika. Presiden Mubarak juga telah menjadi teman setia AS dan penjajah Israel. Gelombang revolusi juga bergema di Mesir, Jordan dan Yaman. Mereka menolak Amerika dan demokrasi. Kaum Muslimin di Barat seperti di Australia dan Britain juga  menyokong revolusi sebenar dan bukan hanya menggantikan orang, tetapi juga menggantikan sistem yang ada iaitu daripada nasionalisme menuju sistem Khilafah.

Di Britain, ribuan umat Islam menuju ke kedutaan Mesir untuk mendesak kepada perubahan sebenar bagi dunia Arab dan menyeru kepada penegakkan Khilafah. [m/f/prstv/syabab.com]