Muktamar Khilafah Bersama Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan muktamar Khilafah pada 12 Ogos 2007, bersamaan 28 Rejab 1428H yang bertempat di Pusat Perkembangan dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Pada mulanya, muktamar ini di rancangkan untuk di adakan di Masjid Negeri, Shah Alam Selangor, namun terpaksa dipindahkan ke CITU di saat- saat akhir kerana halangan pihak tertentu. Dengan kehadiran lebih kurang 500 orang peserta, kapasiti dewan yang lebih kecil menyebabkan sebilangan peserta tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berdiri. Namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bersama hingga ke penghujung muktamar. Di dalam muktamar ini, Hizbut Tahrir menjelaskan peri pentingnya umat Islam bersatu di bawah naungan Khilafah, sebagaimana di masa-masa dahulunya, agar kekufuran yang bermaharajalela pada masa sekarang ini, yang cuba untuk menghalang cahaya agama Allah dapat dihapuskan. Kekufuran yang diterajui kuffar Barat ini wajib ditentang habis- habisan oleh umat Islam seluruh dunia, agar cahaya rahmat agama Allah akan menyelimuti seluruh penjuru dunia. Sesungguhnya cahaya dan rahmat Allah tidak akan sampai ke seluruh alam selagi mana Khilafah tidak memerintah dunia dengan hukum-hukum Islam.